Petua merebus bendi agar tidak berlendir dan kekal segar

loading...
Petua merebus bendi agar tidak berlendir dan kekal segar ini saya ambil daripada Majalah RASA. Oleh kerana saya selau menghadapi masalah yang serupa iaitu bendi cepat rosak, jadi saya mencuba petua ini. Memang menjadi.



Kalau anda nak menumis bendi tersebut, rebus bendi sekejap saja dalam air panas yang telah dicampur sedikit minyak. Insyaa Allah bendi tidak berlendir.


pokok bendi

Petua merebus bendi agar tidak berlendir dan kekal segar


Bendi enak dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun ramai yang kurang gemarkan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir. Ada cara untuk memastikan bendi tidak berlendir apabila dimasak. 

Cara-caranya ialah:


BAHAN-BAHAN:
Bendi
1 sudu minyak masak
Air


CARA-CARA:

1. Didihkan air bersama minyak masak.
2. Masukkan bendi dan rebus seketika.
3. Angkat dan toskan air. Hasilnya bendi anda tidak akan berlendir bahkan kesegarannya juga lebih lama.


Selamat mencuba petua merebus bendi di atas ya...

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    lendir bendi yg bagi ayie sedap...hehe

    masa beli sayur bendi ni pun kena tahu cara nya kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang sticky sangat, tu yg kena cuba petua kat atas tu...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.