Tips Penjagaan Peti Sejuk Tahan Lama Dan Paling Menjimatkan

loading...
Ada beberapa tips penjimatan peti sejuk ataupun peti ais yang sangat berbaloi! Tips ni saya ambil daripada satu website. Semoga bermanfaat. Ok.

Tips Penjagaan Peti Sejuk Tahan Lama Dan Paling Menjimatkan


Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5 - 10 tahun. Jika kita beli peralatan elektrik pun kita boleh beli insurans hingga 10 tahun. Sebabnya, memang peti sejuk jarang rosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya.


Tips Penjagaan Peti Sejuk Yang Menjimatkan


Berikut adalah tips penjagaan peti sejuk:

1. Kurangkan aksi buka-tutup-buka-tutup peti sejuk. Jika ingin mengambil bahan-bahan masakan, ambil kesemuanya dan tutup semula pintu peti sejuk.

2. Singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.

3. Gunakan peti sejuk jenis 2 pintu iaitu freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.

4. Jangan masukkan barang-barang yang masih panas atau suam ke dalam peti sejuk.

5. Buat dengan kerap mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap, sos cili dan lain-lain. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.

6. Defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.

7. Periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini.

Semoga tips penjagaan peti sejuk di atas memberikan kita pengetahuan baru dan banyak menjimatkan duit.

Jika anda ada cara atau tips lain yang mudah, boleh kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Nota Saya;
Jika nak hilangkan bau busuk atau hanyir ikan dalam peti sejuk, simpulkan 3 helai daun pandan dan letakkan di kawasan yang kuat baunya. Insyaa Allah, bau busuk akan hilang.

Sebarkan info.
Sebarkan Bahagia:

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.