Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Seorang Hamba

Doa Seorang Hamba


DOA SEORANG HAMBA...


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

 Ya Allah...
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Apa yang akan terjadi nanti
Terhadap jalan hidup hamba
Hamba yakin seyakin-yakinnya kepada-Mu
Engkau selalu memberikan yang terbaik
Dalam hidup hamba ini

Ya Allah...
Jangan uji hamba dengan beban yang berat
Yang tak mampu hamba pikul lagi
Hamba lemah bahkan tak mampu berdiri
Tapi kerana-Mu hamba kuat
Kerana-Mu hamba tegar saat hamba terjatuh

Ya Allah...
Hamba percaya kepada-Mu
Kepada takdir yang telah Engkau gariskan
Apapun itu hamba husnudzan kepada-Mu
Wahai yang Maha Memiliki langit dan bumi

Ya Allah...
Tolong hamba dalam risau ini
Tolong hamba dalam gelap ini
Tolong hamba dalam setiap apapun
Kerana hamba tahu Engkau Maha Penolong

Ya Allah...
Hamba tahu diri ini hina dan rendah
Dihadapan-Mu hamba hanya insan yang bertumpuk dosa
Wahai yang Maha Pengampun
Ampunkan semua dosa-dosa hambaMu ini
Izinkan hamba masuk ke dalam Syurga-Mu
Wahai yang Maha Lembut

Ya Allah...
Entah bila nafas ini terhenti
Entah bila kematian menjemput diri ini
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui

Ya Allah...
Ampuni hamba yang terlihat kotor ini
Wahai yang Maha Memaafkan
Izinkan hamba masuk ke dalam Syurga-Mu
Izinkan hamba masuk ke dalam Syurga-Mu...

Ya Allah...
Kabulkan doa hamba yang lemah ini
Kabulkan wahai yang Maha Mengasihi
Ilahi …. Rabbku Dzat Penabur Kurnia

Inilah Kami ..
Ya .. Ilahi
Yang Mengakui Limpahan Nikmat Tapi Membalasnya Tanpa terimakasih
Yang Menyedari Kesalahan Dan Kealpaan Tapi Tak Pernah Mahu Bertaubat
Padahal Engkau Maha Kasih Dan Maha Sayang,
Maha Baik Dan Maha Pemurah
Kami Memohon Pertolonganmu Dengan Kerendahan Dan Kehinaan kami

Walau Sebenarnya Kami Malu Untuk Meminta Pertolonganmu
Kerana Seringnya Kami Melalaikan
Perintahmu
Kerana Cepatnya Kami Melakukan Laranganmu
Dan Kerana Kurangnya Kami Mensyukuri

Namun Ku beranikan Diriku
Ya … Ilahi……
Bermohon Kepadamu
Kerana Kami Tahu ….
Engkau Amat Pemurah Kepada Mereka Yang Menghadapmu

Ilahi …. Rabbku Yang Maha Bijaksana
Aku Memohon Kepadamu Dengan Kesucian Wajahmu
Dan Cahaya illahimu luluskanlah kami dan jadikanlah
kami
Lulusan Yang Benar-Benar dapat
Memanfaatkan Ilmu Yang kami miliki
Sesuai Dengan Harapan Kedua orang tua kami.

Ya Allah Ya Rabbi
Berikanlah hamba kebaikan di dunia dan akhirat
Dan hindarilah hamba dari api neraka

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal 'alamiin
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close