Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Buka Akaun Tabung Haji

Cara-Cara Buka Akaun Tabung Haji - Setiap umat Islam yang berkemampuan ada menyimpan impian untuk menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji ke Mekah. Namun begitu, sebagai persediaan, kia boleh mula menyimpan sedikit demi sedikit dengan membuka akaun tabung haji bagi kegunaan masa depan.


Cara-Cara Buka Akaun Tabung Haji
Cara buka akaun tabung haji


Cara-Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH)


1. Anda boleh hadir salah satu lokasi berikut untuk membuka akaun TH :

~ Semua cawangan TH - rujuk nombor telefon dan alamat cawangan tabung haji
~ Kaunter Bank Islam
~ Kaunter Bank Rakyat
~ Mobile Kaunter TH

2. Deposit minima RM2.00

3. Syarat - syarat untuk menjadi pendeposit TH adalah seperti berikut :

~ Individu yang beragama Islam
~ Warganegara Malaysia

4. Sila bawa myKad untuk membuka akaun Tabung Haji (TH). Pembukaan akaun kanak-kanak perlu disertakan dengan myKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan.

5. Sila lengkapkan borang maklumat ahli, borang penamaan dan borang JP 001 untuk simpanan wang ketika membuka akaun TH .

6. Pembukaan akaun TH menggunakan kad pengenalan sementara di benarkan. Walau bagaimanapun, kad pengenalan sementara tersebut mestilah belum tamat tempoh penggunaannya.

Kemas Kini Buku Tabung Haji


Urusan mengemaskini buku akaun simpanan TH hanya boleh dilakukan oleh individu berikut:

1) Pemegang akaun sendiri atau;
2) Ibu/bapa/Penjaga bagi akaun kanak-kanak di bawah jagaannya berdasarkan rekod TH.Namun, bagi pemegang akaun yang tidak dapat hadir ke kaunter bagi tujuan mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH, beliau boleh mewakilkan kepada pihak ketiga dengan syarat membawa bersamanya surat kebenaran yang ditandatangani pemegang akaun.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi cawangan tabung haji di sekitar tempat anda.

Selamat menabung. Buat pilihan bijak untuk masa depan dan kebahagiaan akhirat. Wallahua'lam.

Sebarkan info, sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close