Header Ads

Permohonan Biasiswa Maxis 2015


Advertisement
Maxis Scholarship atau Biasiswa Maxis menunjukkan komitmen Maxis dalam memupuk bakat Malaysia dengan melengkapkan mereka dengan peluang-peluang pendidikan bertaraf dunia. Setakat ini, Maxis telah menyalurkan lebih daripada RM51.9 juta dalam bentuk biasiswa kepada 254 penerimanya. 


Permohonan Biasiswa Maxis 2015


Pada tahun lepas, Maxis telah mengambil usaha untuk menambahbaik program biasiswa dengan membuka Biasiswa Maxis untuk semua rakyat Malaysia, dengan penglibatan yang lebih aktif dalam memupuk semangat luar biasa rakyat Malaysia yang muda dan membangunkan mereka menjadi pemimpin dalam bidang yang mereka minati. Selain bantuan kewangan, salah satu ciri penting dalam program biasiswa itu adalah pelbagai latihan dan pembangunan dan aktiviti kurikulum yang akan disediakan untuk para siswazah untuk membantu menyediakan mereka kepada kehidupan yang sebenar.

Siapa yang boleh memohon Biasiswa Maxis?


  • Warganegara Malaysia
  • Tidak terikat dengan mana-mana organisasi
  • Telah mendapat tawaran dari sebuah universiti luar negara
  • Telah selesai atau sedang dalam peringkat akhir kursus asas pada masa memohon biasiswa ini
  • Mempamerkan rekod yang cemerlang dalam pencapaian akademik
  • Memiliki contoh kepimpinan dan menunjukkan keghairahan dalam bidang sains komputer dan teknologi 

Permohonan Biasiswa Maxis 2015


Permohonan Maxis Scolarship 2015 telah di buka sekarang. Bagi pelajar yang berminat bolehlah memohon secara online, pada pautan di bawah. 

Permohonan Biasiswa Maxis 2015

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2015, jam 6 petang. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada scholar@maxis.com.my.
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.