Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Maafkanlah Bila Hati Tak Sempurna!

Hati sifatnya sangat rapuh, mudah berubah-ubah. Sebab itulah hati tidak sempurna sifatnya. Jika hati kita terlalu baik, redha, sering memaafkan, bersyukur...itu tandanya kita seorang insan yang bertaqwa di jalan Allah. Tetapi, untuk memiliki hati yang sebegitu, kita harus mendidik diri, mentarbiyah hati untuk terus memohon ampunan kepada Allah swt.

Maafkanlah Bila Hati Tak Sempurna!


Suatu pagi.

Ramai orang berlumba-lumba mengejar masa. Saya di antaranya. Kerana saya terlewat bangun, saya terpaksa menunggu bas berikutnya untuk ke tempat kerja. Tahu-tahulah...bila sudah terlewat, terkejar-kejar masa dan bas, maka secara langsung (?) muka pun jadi tak happy. Tak ceria. Semua orang yang senyum kepada kita, buat tak endah saja. Dibalas pun tidak. Lupakah? Senyum itu sedekah. Membalas senyuman orang pun sedekah. Sedekah paling mudah. Tetapi saya alpa seketika kerana hati tidak tenteram.

Nampak sangat...hati ini tidak sempurna sifatnya. Maafkanlah!




"Selalu awak manis. Dengan senyuman. Hari ini kenapa awak tak senyum?" teguran seorang lelaki menambah panas di hati saya.

Ada awak kisah?? gumam saya di dalam hati.

Bas yang ditunggu lambat pulak tibanya hari ini. Argh!! Mungkin saya terlupa. Bas datang berselang 45 minit sekali. Berpeluh sakan saya gamaknya...dalam hati dah berbulu!

"Apa yang hati awak bisikkan, terpancar di muka taw." panas benar sindiran lelaki itu.

Pada mulanya saya nak membalas kata-kata lelaki itu. Tetapi bila difikirkan dengan hati yang tenang, teguran lelaki itu sangat penuh makna. Ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang tersurat. Sekurang-kurangnya dia mengembalikan saya ke landasan yang benar. Setidak-tidaknya, hati saya tidak selamanya hanyut dalam bisikan dan hasutan syaitan.

A'uzubillaahiminas syaiton nirrajiim...aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam...

Bas yang ditunggu pun tiba. Saya sempat menoleh kepada lelaki tadi, mengangguk lalu tersenyum. Dan, lelaki itu masih di situ.

Dia dihadirkan di stesyen bas untuk menegur saya. Kebetulan itulah kali pertama saya ternampak dia di situ. Mungkin juga sudah berkali-kali dia terpandangkan saya. Sesungguhnya rahmat dan barakah Allah diberikan kepada hambaNya yang selalu meminta.

Semoga ada lagi orang-orang di luar sana yang berani mengur saya, waima jika saya terlupa untuk berbuat kebaikan, sekecil-kecilnya sekalipun. Hati manusia sememangnya rapuh, tidak sempurna. Kerana, kesempurnaan itu milik Allah swt jua.

Lirik Lagu Rapuh – Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Semoga sebuah luahan yang bermanfaat buat kita semua.

Sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua hambaNya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close