Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas

aynora nur | 12 June, 2015,12:18 PM |
Advertisement
Aneka Resepi masakan mee yang ringkas sesuai untuk mereka yang sibuk atau amat sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Dan juga untuk orang yang tak pandai masak macam saya..hihi

Saya bukannya tak pandai memasak cuma kurang berminat ke arah itu. Maksudnya, saya hanya memasak ikut mood, dan jika ada orang yang nak makan apa yang saya masak..hhaa

Okay. Jom tengok aneka resepi masakan mee yang anda semua pasti terliur. Sabar erkk..

Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas


1. Resepi Mee Hailam 


Dahulu saya jarang makan mee hailam ni, sebabnya orang tua saya jarang memasaknya untuk kami. Tetapi sejak bekerja dan bercampur dengan kawan-kawan berbangsa Cina, saya dapat mencuba mee hailam. Kerana, mee hailam adalah mee kegemaran kaum Cina. Resepi mee hailam ringkas ini saya kongsi dari blog Zulfaza.


Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas


Kini di mana-mana restoran melayu pun kita boleh makan mee hailam. 1Malaysia katakan...
 
Bahan-bahan:

  • 300 gm daging dihiris nipis
  • 500 gm mee kuning (basuh dengan air panas untuk menghilangkan pengawet dan rasa kapur, toskan)
  • Sawi
  • putik jagung
  • lobak merah
  • kobis
  • 2 biji tomato belah 4 atau 6 ikut saiz
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 10 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Hiasan

  • daun bawang
  • bawang goreng
  • hirisan limau

Cara menyediakannya:

1. Tumbuk bawang dan bawang putih hingga lumat. Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan.

2. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu. 

3. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Tambah air secukupnya. 

4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan 1/2 cawan air. Masak hingga kuah pekat.

5. Masukkan sayuran kecuali tomato dan masak hingga sayur empuk. Masukkan mee dan tomato, gaul sebati dan biarkan seketika. Tutup api.

6. Mee hailam ringkas sedia untuk dihidangkan.

2. Resepi Kuey Teow Sup Bebola Ikan 




Bahan-bahan:

  • Kuey Teow (200g - nak lebih pun boleh)
  • Bebola ikan (1 paket kecil)
  • Sawi dipotong kasar (1 batang)
  • Ikan bilis (1/2 cawan)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Cili merah dipotong nipis (1 biji)
  • Daun bawang (secukup rasa)
  • Daun pasli (secukup rasa - kalau tak nak letak pun boleh)
  • Halia (4 hiris)
  • Kicap cair (1 sudu)
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara memasak:

Sediakan stok ikan bilis:

1. Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk.

2. Masukkan 3 cawan air, 2 hiris halia dan garam. Kacau dan biar mendidih.

Sediakan Masakan:

1. Celur kuey teow sebentar.

2. Celur sawi. Angkat dan tos airnya.

3. Setelah stok ikan bilis mendidih, tapis airnya dan masukkan ke dalam periuk berlainan. Tambah 3 cawan air dan biar mendidih.

4. Masukkan bebola ikan, kicap cair, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Kacau rata dan biar mendidih.

5. Masukkan sawi, cili merah, daun bawang, daun parsli, gula, garam, dan kuey teow. Kacau sebentar dan hidang.

3. Resepi Mee Jawa


Resepi mee jawa memang tak boleh tinggal sebab saya kan pewaris jawa..he he (okay, tiada kena mengena dengan nama mee jawa tu...)


Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas


Bahan-bahan:

  • 300gm mee kuning
  • 150gm udang
  • 3 biji telur rebus
  • Daun sup
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan Mani's
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak
  • Air untuk mencelup mee


Cara menyediakannya:

1. Gaul udang bersama serbuk cili dan sedikit garam hingga sebati. Kemudian, perap seketika.

2. Kemudian, rebus udang tersebut dan biarkan sebentar.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang hingga naik bau.

4. Seterusnya masukkan jintan Mani's dan jintan putih yang dicairkan dengan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan halia yang dipotong nipis.

5. Setelah itu masukkan sos tomato.

6. Apabila telah pecah minyak, masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih.

7. Selepas itu masukkan halba, diikuti dengan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau sebentar dan biarkan seketika.

8. Panaskan air dan celur mee kuning tadi. Toskan airnya.

9. Mee jawa sedia untuk dihidangkan.

4. Resepi Bihun Ladna


Resepi bihun ladna berikut ini amat ringkas. Saya kongsikan daripada blog karangkraf. Sedap, kan? Lagipun cara memasaknya amat ringkas, semua orang yang baru nak belajar masak pun boleh buat.  


Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas



BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mihun | direndam
  • 100gm udang
  • 100gm isi ayam | dipotong
  • 50gm sawi
  • 50gm lobak merah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 3 biji bawang merah | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 30gm daun bawang dan daun sup | dicincang
  • 2 biji cili padi
  • 1 sudu teh stok pati ayam
  • 1/2 sudu teh kicap
  • 1 sudu makan tepung jagung | untuk memekatkan kuah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 20gm bawang goreng
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan masukkan bihun bersama kicap. Gaulkan hingga rata dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam bersama udang. Biarkan seketika.
4. Masukkan air, sos tiram dan juga lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan sawi dan juga lobak merah. Biarkan lembut seketika.
6. Perasakan dengan garam dan stok ayam serta sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Kacau rata.
7. Apabila mendidih dan kuahnya menjadi pekat, tuangkan ke dalam pinggan berisi bihun tadi.
8. Taburkan daun bawang, daun sup serta bawang goreng di atasnya sebelum dihidangkan.

5. Resepi Mee Udang Berkuah

Hmm...lazatnya mee udang berkuah. Nak rasa lebih segar dan manis, gunakanlah udang yang segar. Pasti sepinggan tak cukup, kan? Jangan risau, cara nak buatnya pun simple aje...





BAHAN-BAHAN

  • 1kg mi kuning
  • 700gm isi udang
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • 1 ikat kangkung | dipotong dan celur
  • Garam secukup rasa


BAHAN KISAR

  • 8 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 200gm udang kering


BAHAN STOK ( direbus sehingga menggelegak dan tapis)

  • 300gm kulit udang
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2ltr air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
2. Tuangkan stok udang dan masak hingga mendidih. Kacau mesra.
3. Kemudian, masukkan isi udang dan masak lagi sehingga udang masak. Perasakan secukup rasa.
4. Sediakan mi kuning di dalam mangkuk, tuangkan kuah Mi Udang ke atasnya dan hiaskan dengan daun kangkung yang telah dicelur.
5. Hidangkan sementara panas.

6. Resepi Mee Rebus Sedap


Hah! Ini paling ngetop...mee rebus sedap ada di negeri kelahiranku! Mee rebus sebenarnya mudah disediakan, lebih-lebih lagi jika yang membuatnya itu my MIL. Memang jahanam diet kita orang taw...

Orait, saya kongsi resepi mee rebus dari blog comel Che Nom. Kalau nak cuba, dipersilakan.  


Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipisBahan untuk kuah:
  • 1 senduk minyak masak
  • 500 g daging, hiris nipis
  • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 2 cm lengkuas, dititik
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak kuah:

1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
2. Kisar halus bahan bertanda (*)
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara untuk menghidang:

Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba resepi berasaskan mee yang saya senaraikan di atas. Anda boleh kongsikan jika suka dan jadikan sebagai koleksi resepi tambahan yang sedia ada. 


Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Aneka Resepi Masakan Mee Yang Ringkas"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top