Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Saderi Atau Daun Sup Lambat Layu

Petua Saderi Atau Daun Sup Lambat Layu. Daun sup boleh dimakan sebagai bahan diuretik dan merangsang membuang air besar bagi mereka yang mempunyai masalah tertahan kencing (urinary retentions) atau mengalami masalah buah pinggang, ia juga berkesan dalam kes-kes kehilangan tenaga tanpa sebab(asthenia), masalah hidung, masalah suara garau, kulit menjadi pucat / kuning (icterus ), gout, artritis, radang, masalah kulit (dermatosis),diabetes dan obesiti.


Petua Saderi Atau Daun Sup Lambat Layu


Saderi juga adalah sayuran yang berbau kuat dan mempunyai banyak kegunaan dalam masakan. Jadi, sesuai bagi individu yang mempunyai kolesterol yang tinggi untuk menambah saderi kepada diet mereka. Selain itu, saderi atau daun sup berkesan bagi mereka yang mempunyai kekurangan selera makan.

Petua Saderi Atau Daun Sup Lambat Layu


Daun saderi biasanya ia dijual dalam jumlah yang banyak. Oleh itu amat mustahil anda mampu menghabiskan sayur ini dengan sekali masakan sahaja. Bagi mengelakkan saderi atau daun sup dari menjadi layu dan busuk, ada petua yang anda boleh cuba untuk memastikan kesegarannya bertahan hingga empat minggu. 

1. Bersihkan saderi anda dari sebarang kotoran dengan menggunakan tisu. Elakkan dari terkena air.

2. Bungkus saderi dengan menggunakan pembalut aluminium dengan kemas. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur. Insya-Allah saderi anda akan tahan lama dan kelihatan segar selama 2 minggu.

Selamat mencuba. 


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close