Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

aynora nur | 20 June, 2015,9:54 AM |
Advertisement
Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular. Hah! Inilah kerja wanita-wanita, ibu surirumah dan juga akak-akak yang terlebih rajin mencari resepi. Samada untuk berbuka puasa, ketika sahur ataupun nak cari resepi kuih dan biskut raya. Satu persatu blog atau website resepi dibelek. Tengok pic atau gambar pun boleh kenyang!

Saya kongsikan 10 senarai blog masakan dan resepi popular untuk anda yang selalu tercari-cari blog yang bagus di google...

Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular


1. Dapur Tanpa Sempadan

Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

Tagline pun cukup luas, selebar resepi-resepinya yang boleh diakses di seluruh dunia. Peminatnya ramai dan blog tersebut telah mencecah jutaan PV ketika artikel ini ditulis. Nak dapatkan pelbagai resepi moden dan tradisi, bolehlah kunjungi tiffinbiru.Com. yeah!! Tempat saya melepak jika mengantuk...haha, sebab bila nampak masakan mata jadi segar bugar der...psssst...owner blog nama Che Mat ye..

Baca yang lainnya: Tukar sukatan gram ke sukatan cawan 

2. Azie Kitchen 



Blog masakan yang popular juga. Kenapa tidak? Asal nak carik resepi, blog azie kitchen naik pada carian utama google. Apalagi, mesti singgah juga cari resepi, tengok gambar resepi yang dah siap then, decide adakah resepinya mudah. Iya la, orang tak pandai masak memang kena cari resepi yang mudah tetapi sedap. Jika anda pun macam saya, gila tengok resepi, jom singgah di blog aziejaya.blogspot.com.

3. Masam Manis 



Blog resepi yang seterusnya adalah blog azlitamasammanis. Saya suka melawat blog ini secara senyap-senyap aje. Kagum dengan persembahan masakannya. Dari sudut fotografi saja sudah meleleh liur melihat hidangan demi hidangan. Belum lagi merasa masakannya. Lagi satu, Penulis blog ini menunjukkan langkah demi langkah resepinya dengan begitu jelas. Bagus untuk newbie dalam masak memasak ni, contohnya pasangan yang baru berkahwin dan sebagainya.

4. Sinar Kehidupanku 



Blog yatiememories pun bagus. Beliau banyak kongsikan masakan Melayu kita dari kuih tradisional hinggalah kepada lauk pauk. Blog resepi ini tak kurang popularnya hinggakan dalam satu-satu masa pengunjung blognya mencecah ratusan orang. Hrmm...popular kan?

5. Bukan Sekadar Masakan 



Jintanmanis.com adalah lagi satu pilihan blog resepi dan masakan yang kerap saya jenguk. Sama seperti Kak ita dari azlitamasammanis.com, jintan manis juga Kreatif dalam mempersembahkan setiap resepi masakannya. Setiap gambar yang dipaparkan begitu menggiurkan orang yang tengah lapar. He..he..

6. Tips Dan Panduan Blog 



Blog resepi dan panduan yang cukup terkenal. Saudara Hairul bukan sahaja pakar dalam bidang masakan tetapi juga memiliki banyak ebook berkaitan business masakan. Nak tahu lebih lanjut boleh layari hairul.com.

7. Kongsi Resepi

Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

Blog kongsiresepi.com adalah blog tempat mengumpulkan resepi-resepi sumbangan pembaca blog itu sendiri. Ada beribu-ribu resepi di dalamnya dan kebanyakan resepinya ringkas dan mudah dicuba. Blog kongsi resepi pun popular dan selalu mengungguli carian pelbagai resepi masakan, kuih muih dan biskut raya di Google.

8. Amie's Little Kitchen


Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

Blogger masakan dari negeri di bawah bayu (Sabah), saya rasa la...sebab banyak bahasa digunakan dari negeri tersebut. Amie agak terkenal juga sebab banyak kali masuk dalam majalah masakan dengan resepi-resepinya. Dekorasi masakannya pun cantik dan kemas. Memang kreatif. Kekadang masakan simple pun boleh nampak mewah dengan dekorasi yang pelbagai. Syabas Amie's Little Kitchen.

9. Dari Dapur

Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

Blog yang mengkhusus buat kek, puding dan biskut raya. Semua resepi sedap-sedap belaka dan menarik pulak tu...mengikut pembacaan saya, blog Dari dapur.com baru ditubuhkan pada januari yang lalu tetapi FB page untuk kek dan puding telah lama ada. Dan mempunyai pengikut yang ramai membuktikan mereka memang popular.

10. My Resepi

Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular

Myresepi.Com adalah blog masakan yang pertama kali saya jenguk satu waktu dahulu ketika mula-mula terrajin masak...

Resepi yang ada di dalam blog myresepi adalah sumbangan daripada pembaca dan peminat bidang masakan itu sendiri. Ada pelbagai resepi dari seluruh negeri di Malaysia. Cari apa saja termasuklah masakan moden dan tradisional, menu masakan barat ataupun makan laut. Semuanya ada...

Dan yang terakhir, nak masukkan jugak blog kecil saya, aynorablogs.com. Yang ini out of list...boleh kan? Sebab, saya pun ada kongsi resepi tetapi semuanya yang mudah-mudah belaka. Al maklum...saya kan wanita bekerja, yang masa rutinnya banyak berada di atas kerusi empuk daripada berpeluh di ruang dapur. Sooo...understanding lah yer...

Selamat mencari resepi kegemaran anda dari blog resepi masakan, kuih muih dan biskut raya yang popular di Malaysia.

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Senarai Blog Resepi Kuih Muih, Lauk Pauk Dan Biskut Raya Popular"

Wah...mcm2 Ada... Semuanya dihujung jari.. Tinggal malas dgn rajin je kan....

Begitulah dunia penuh gajet ni Cikla...nasib baik makanan tu tak keluar ikut phone, kan? Hihi..tq sebab drop by sini...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top