Keberanian Menahan Marah

Tudung kanak-kanak
Aynorablogs.Com - Keberanian menahan marah. Marah disebabkan rasa panas dalam diri kerana sesuatu tekanan atau provokasi daripada pihak lagi satu. Marah biasanya berlaku bila diri rasa ditipu, tidak dihargai, diperkotak katikkan dan sebagainya. Sifat marah adalah kawanan syaitan. Sebab itu bila rasa marah, berebut-rebut syaitan nak masuk dalam badan kita, mengapi-apikan untuk kita terus marah.

Marah jangan dilayan. Tenangkan perasaan anda. Bacalah doa ringkas ketika marah seperti di bawah. Insyaa Allah, syaitan pulak rasa terbakar bila kita memohon kepada Allah dan menyebut nama Allah ketika marah.


Doa ketika marah
Doa Ketika Marah


Keberanian Menahan Marah


RASULULLAH SAW bersabda: "Tidak ada keberanian paling disukai oleh Allah SWT selain daripada keberanian menahan kemarahan". - Riwayat Ibni Abi Dunya.

Diam ketika marah adalah perbuatan orang yang bijak. Mana tidaknya, dengan diam sebenarnya kita tidak buat kerja lebih malahan tubuh badan dapat berehat dengan tenang. Mulut, telinga, tangan dan selainnya tak sakit. Telinga pun tak perlu mendengar kemarahan sendiri.

Bila diam ketika marah, boleh menimbulkan rasa kagum pihak lawan. Mungkin musuh anda sengaja menduga kelemahan anda. Kita akan mudah membongkar aib sendiri ketika sedang marah. Kadangkala rahsia perniagaan atau syarikat terdedah sama. Oleh itu, diamlah ketika marah.

Ada seorang bijak pandai berkata,
Diam ketika marah adalah tanda orang yang bijak.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.