Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Gaji Minimum Maksimum Guru Gred DG29 Hingga DG54 Terkini

Jadual Gaji Minimum Maksimum Guru Gred DG29 Hingga DG54 Mulai 1 November 2013 - Bila sebut pegawai kerajaan atau kakitangan kerajaan, anda rasa siapakah yang paling popular? Maksud saya, pekerjaan paling popular sebagai kakitangan kerajaan atau kakitangan awam. Pada pendapat saya lah...orang yang paling popular adalah jawatan sebagai guru. Dalam sektor perkhidmatan, jawatan guru disebut sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.




Sebagai sokongan kepada para guru di Malaysia, yang banyak jasanya, saya kongsikan jadual gaji pegawai perkhidmatan pendidikan atau guru sebagai rujukan.


Jadual Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


##Sumber : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma/8009



Syarat Lantikan Ke Jawatan Guru Mengikut Gred

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

    i- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED DG41 [ Gaji Permulaan : RM2,018.52 ]; atau

    ii- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.GRED DG41 [ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ]; atau

    iii- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED DG41 [ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ]; atau

    iv- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED DG41 [ Gaji Permulaan : RM2,733.98 ]; atau

    v- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED DG41 [ Gaji Permulaan : RM3,040.60 ].



Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29


i- Diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED DG29 [ Gaji Permulaan : RM1,589.00 ]; atau

ii- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED DG29 [ Gaji Permulaan : RM1,735.44 ]; 


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Semoga anda semua yang memegang title kakitangan kerajaan amnya, dan guru khasnya teruskan usaha mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan dedikasi.

Sebarkan info jika bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close