Pencapaian Blog Bulan November 2015

aynora nur | 01 December, 2015,7:45 PM |
Advertisement
Pencapaian Blog Bulan November 2015 - Aynorablogs.Com adalah blog yang menggunakan domain berbayar GoDaddy. Saya baru perbaharui domain pada 11 November yang lepas untuk tempoh 2 tahun lagi.

Saya renew guna duit hasil berblog dari Nuffnang. Alhamdulillah. Dipermudahkan semuanya.

Jika anda ingin dapatkan income yang lebih masyuk, jangan lokek untuk keluarkan modal sedikit untuk menggunakan domain berbayar. Insyaa Allah income anda meningkat berganda-ganda.


Pencapaian Blog Bulan November 2015


Analisis blog bulan November 2015 yang saya paparkan adalah daripada Google Analytics dan Blogger.Com. PV bulan November merosot sedikit berbanding PV bulan Oktober yang lepas. Namun begitu, saya akan berusaha untuk memantapkan blog dari semasa ke semasa.

Analisis Blog Daripada Google Analytics


Klik pada gambar untuk laporan yang lebih jelas

Analisis Blog Mengikut Gender


Berdasarkan carta pai di atas, sepanjang bulan November 2015, 80.4% pengunjung blog saya adalah wanita dan 19.6% adalah lelaki. Ini menunjukkan jurang angka yang besar. Nampaknya strategi saya membuat tagline 'Inspirasi Wanita' telah berhasil.

Analisis Blog Mengikut Umur


Daripada gambar graf di atas, pembaca tertinggi blog saya adalah daripada mereka yang berada di peringkat umur 25-34 tahun. Berdasarkan analisis tersebut, saya harus memperbanyakkan artikel yang sesuai dengan umur mereka. Sebagai contoh saya boleh menulis berkaitan tips wanita hamil, diet sihat dan resepi mudah.

Pageviews November Dari Blogger.Com 


Manakala, analisis daripada Blogger.Com PV bulan November 2015 Aynorablogs.Com adalah berjumlah 676,806. Merosot daripada bulan Oktober punya. Begitulah adat berblog, ada pasang surutnya. 
  

Jika anda antara pembaca setia blog saya, agaknya apakah tajuk post yang anda hendak saya tulis. Insyaa Allah, saya boleh menulis semua jenis artikel kecuali tentang dunia hiburan dan personal. Itu memang saya kurangkan, atau kadang-kadang tiada langsung entri berkaitan dalam tempoh sebulan.

Kerana saya menulis blog untuk berkongsi info dan menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Jika ada tertulis berkaitan keluarga ataupun dunia hiburan, saya akan menulis sesuatu yang bersifat positif. Diharap anda semua memahaminya.

Jika anda mahu menggunakan khidmat saya menulis review produk, tempat percutian ataupun tulis advertorial, jangan segan untuk email kepada saya, aynora.nur@gmail.com. Harga boleh dibincangkan. Hehe.. 

Sebarkan bahagia.
Tag : Info Blog
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Pencapaian Blog Bulan November 2015"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top