Cara Kira Kadar Dividen KWSP

aynora nur | 18 January, 2016,11:22 AM |
Advertisement
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar Dividen KWSP untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 pada minggu kedua bulan Februari 2016. Jika ikut semakan tahun 2014, pengumuman rasmi kadar Dividen KWSP diumumkan pada tarikh 7 Februari 2015. Jadi untuk tahun 2015, kadar dividen mungkin diumumkan pada 7 Februari 2016.

Kenapa saya nak tengok kadar dividen KWSP untuk tahun lepas? Sebab, saya suka tengok jumlah KWSP saya bertambah drastik dan bolehlah tengok-tengokkan baki Akaun 2 untuk merancang kewangan saya. Tahukah anda Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman rumah, pinjaman PTPTN, boleh guna untuk daftar haji dan 1001 urusan yang lain. Nak buat pelaburan pun boleh.

Cara Kira Kadar Dividen KWSP

Bayangkan pada umur 40 tahun, simpanan KWSP anda ada 450,000. Berapa banyak dividen yang anda boleh dapat? Fikirlah sendiri..;))  

Cara Kira Kadar Dividen KWSP 


Pada Awal Tahun Kerajaan Akan Membuat Pengumuman Kadar Dividen Yang Di Isytiharkan.

Sebagai Contoh Dividen 5.80%. Maka 5.80% Tidaklah Boleh Di Kira Pada Baki Keseluruhan Pada Tahun Berkenaan.

Contoh: RM1,000 X 5.80% = RM58.00 (Kiraan Ini Adalah Salah...) :)

Berikut Adalah Contoh Jadual Pengiraan Dividen Yang Diguna Pakai Oleh KWSP


Simpanan KWSP anda merupakan simpanan jangka masa panjang untuk persaraan anda. KWSP akan memastikan simpanan tersebut selamat dan memperolehi dividen yang sewajarnya. Bagi mencapai tujuan ini,KWSP melaburkan simpanan anda untuk mendapatkan pulangan yang optimum. Pulangan dari simpanan ini akan diagihkan kepada anda di dalam bentuk dividen, yang diperolehi daripada pendapatan bersih KWSP.

Contoh kiraan dividen KWSP yang betul (rujuk sumber)

Kadar Dividen Andaian = 4.25%
Baki dalam simpanan pada 1 Januari Awal Tahun = RM1,000.00
Caruman bulanan yang diterima setiap bulan = RM100.00
Pengiraan Dividen:

Baki Pembukaan RM1,000.00 x 4.25% x 12/12 = RM42.50
Januari RM100 x 4.25% x 11/12 = RM3.90
Februari RM100 x 4.25% x 10/12 = RM3.54
Mac RM100 x 4.25% x 9/12 = RM3.19
April RM100 x 4.25% x 8/12 = RM2.83
Mei RM100 x 4.25% x 7/12 = RM2.48
Jun RM100 x 4.25% x 6/12 = RM2.13
Julai RM100 x 4.25% x 5/12 = RM1.77
Ogos RM100 x 4.25% x 4/12 = RM1.42
September RM100 x 4.25% x 3/12 = RM1.06
Oktober RM100 x 4.25% x 2/12 = RM0.71
November RM100 x 4.25% x 1/12 = RM0.35
Disember RM100 x 4.25% x 0/12 = RM0.00
Jumlah Dividen = RM23.38

Andaian Dividen Pada Kadar 4.25% = RM42.50 + RM23.38
= RM65.88

Semoga bermanfaat.

#sebarkan info
Tag : Info
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Kira Kadar Dividen KWSP "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top