Ciri Suami Soleh

Ciri Suami Soleh. Suami yang soleh adalah idaman wanita solehah di muka bumi ini. Siapa yang tidak mahukan suami soleh yang dapat membimbing setiap isteri ke jalan yang benar. Subhanallah. Itulah hadiah Allah SWT kepada wanita yang terpilih. Ada suami soleh tetapi isteri sebaliknya. Jadi, itulah tugas dan amanah yang terletak ke atas bahu suami untuk membawa isteri ke jalan yang diredhai.

Namun, sekarang ni sukar nak menemui setiap suami yang soleh dalam rumahtangga. Dugaannya amatlah banyak, tentangan dari dalam dan luar serta godaan syaitan sukar untuk ditangkis jika tanpa amalan dan iman yang kukuh. Berdoalah selalu kepada Allah duhai setiap lelaki muslim agar kamu menjadi suami yang soleh kepada isteri kamu...

Ciri Suami Soleh


Ciri suami soleh:
Waaupun sudah beristeri tetapi tetap menjaga kebajikan ibunya dengan sempurna.

Ciri Suami Soleh


Ada banyak ciri suami yang soleh sebenarnya, tetapi saya ambil satu aje yang point penting dan utama iaitu kasih dan sayang sang suami itu kepada ibunya sehingga ke akhir hayat. Bukankah syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibunya? Fikirkanlah...

Tetaplah dengan pendirian, utamakan ibumu duhai lelaki samada kamu sudah bergelar suami atau belum, itu memang tanggungjawab kamu. Itulah keutamaan kamu. Jika kamu jaga kebajikan ibumu, rezeki mu pasti mengalir deras tanpa henti seperti sungai yang tidak berhenti mengalir.

Fikirkanlah!

Renungkanlah!

#sebarkan bahagia

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.