Petua Bersihkan Kotoran Dengan Kulit Tembikai

Kebersihan diri memang penting dijaga selalu agar penampilan kita tidak menganggu orang sekeliling. Bayangkan, jika badan berbau, rambut pula kusut masai dan pakaian berbau masam, siapa yang tahan berurusan dengan kita.

Penampilan diri boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara, ada yang guna cara tradisional dan ada yang suka jalan mudah iaitu gunakan pewangi dan sebagainya.



Kulit Tembikai Bersihkan Kotoran


Baiklah.

Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala amalah mudah dan ringkas caranya.

Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.

Dengan cara atau petua di atas, diharapkan dapat membantu kita tampil ceria dan yakin untuk melakukan segala aktiviti.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.