PV Bulan April Lebih 1 Juta

Tudung kanak-kanak
PV Bulan April Lebih 1 Juta. Nampaknya perancangan yang saya buat untuk tahun 2016 ni menampakkan perkembangan yang memberangsangkan. Blog kecil saya ni telah menerima trafik lebih dari satu juta dalam tempoh satu bulan sahaja. Alhamdulillah.

Bukannya mudah untuk mencapai PV yang begitu tinggi jika tiada usaha untuk memperbaiki blog dan mempromosikan kandungan blog yang bermutu di media sosial.

PV Bulan April Lebih 1 Juta 


PV Bulan April Lebih 1 Juta

Jika dilihat senarai blog yang menerima trafik yang tinggi, blog Inspirasi Wanita saya ini masih jauh ketinggalan. Blog blog masakan seperti Tiffin Biru, Azie Kitchen, Azlita Masam Manis dan myResepi, masing-masing menerima trafik ratusan ribu dalam masa sehari.

Begitu juga blog blog hiburan seperti Rotikaya,Beautifulnara dan sebagainya pun menjana trafik yang tinggi setiap hari. Itulah antara niche yang sering mendapat kunjungan yang tinggi daripada pembaca tempatan dan seluruh dunia.

Tentang blog saya pula...niche adalah tentang wanita. Saya menulis sesuatu yang menginspirasikan wanita di luar sana. Dalam blog Inspirasi Wanita saya menulis tentang resepi, petua, tazkirah, motivasi dan juga info pendidikan.

Saya berharap blog ini akan terus dijadikan medan rujukan kepada pembaca di luar sana. Ambil sesuatu yang bermanfaat, kongsikan agar orang lain pun dapat kebaikannya.

#sebarkan bahagia  

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.