Enter your keyword

04 June, 2016

Doa Untuk Seluruh Umat Islam

Doa Untuk Seluruh Umat Islam. Dah lama jugak saya tak share sepotong dua doa untuk anda semua pembaca tersayang. Bukannya apa, kadangkala kita rancang nak buat tapi kemudian lupa. Bila dah tulis benda lain, memori dah bertindih-tindih. Hihi...almaklum usia makin bertambah...

Semoga ruang perkongsian doa dalam blog saya dapat memberikan manfaat yang banyak kepada anda semua. Saya izinkan anda nak copy paste segala doa yang ada kerana ilmu yang ada pun bukanlah milik saya melainkan ilham kebaikan daripada sang Pencipta.


Doa Untuk Seluruh Umat Islam


Doa untuk muslimin dan muslimat di bawah ini bagus diamalkan selepaa solat fardhu. Doa ini merangkumi semua orang yang kita sayang dan untuk umat islam di seluruh dunia.



Daripada Riwayat Tarmizi;

Maksudnya,

Ya Allah, ampunilah kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, saudara-saudara kami dan sekelian orang-orang islam.

Salam ramadhan al mubarak buat semua..

#sebarkan bahagia

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.