Petua Hilangkan Kembung Perut Bayi

Dah lama saya tak share petua rasanya..., ketika hari raya ada anak sedara yang terkena kembung perut. Banyak juga jalan penyelesaian dan petua yang dicadangkan oleh orang tua untuk mengatasi kembung perut. Antara faktor-faktor yang menyebabkan bayi kembung perut adalah bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu. Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut. Wallahua'lam...
Petua Hilangkan Kembung Perut Bayi

Petua Hilangkan Kembung Perut Bayi

Petua Hilangkan Kembung Perut Bayi 


1) Menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.

2) Menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.

3) Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang. Jika anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.

4) Menggunakan daun mengkudu. Kalau duduk dikampung, daun mengkudu memang senang nak jumpa. Kadang kala pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh meliar disemak dan tepi-tepi hutan. Ada juga yang tanam pokok mengkudu kerana kegunaan pokok ini serbaguna dalam bidang perubatan tradisional. 

Cara menggunakannya daun mengkudu dengan layurkan diatas api kecil sehelai daun mengkudu sehingga lembut. Tuam ke atas perut bayi yang kembung. Hati-hati jangan daun terlalu panas. Buat urutan mengikut arah jam sewaktu menuam. Anda juga boleh biarkan daun mengkudu di atas perut bayi (bahagian atas pusat) sebelum memakaikan barut.

Semoga perkongsian petua hilangkan kembung bayi di atas dapat memberikan pilihan alternatif untuk merawat bayi anda. 

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.