Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran

aynora nur | 25 August, 2016,2:48 PM |
Advertisement
Assalamu'alaikum Wrmbth, Tempoh 9 bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga. Penting bagi puan dan para pembaca semua mengisinya dengan amalan yang baik. Contoh sebaik baik amalan doa & zikir semasa mengandung semestinya dari Al quran.

Ada terdapat banyak doa, zikir dan amalan yang bersesuaian boleh dilakukan oleh ibu mengandung yang jika diamalkan secara istiqamah dan yakin, insyaa Allah akan melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Benar kata para ustazah yang biasa kita dengar di kaca TV dan sebagainya, untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah boleh diasuh daripada dalam kandungan lagi.
zikir Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. 
Wanita yang solehah akan mengasuh 
anaknya sejak dari dalam kandungan lagi
Hari ini kita berkongsi tentang doa dan surah untuk amalan ibu mengandung sebagai zikir untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Ibu & bapa yang menjaga tuntutan luar dan dalam dengan melazimi amalan rohani dapat membantu anak yang lahir baik akhlaknya.

Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari Set ibu mengandung Shaklee untuk elak kencing manis.

Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran



Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :

1) Doa mendapatkan anak yang baik (QS. Ali Imran 38)


Sumber: Quran.com Klik sini

"Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa"

Ertinya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

Surat Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 juga merupakan potongan doa ibu hamil yang dapat dilafazkan semasa kehamilan.


2) Doa Nabi Yunus A.S Semasa Dalam Perut Ikan


Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya' ayat 21

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.” 

Doa ini sangat bagus di amalkan terutama selepas tanda tanda dekat nak bersalin semakin hampir.

Semoga Allah swt membantu dan melancarkan urusan kelahiran. Insyaallah...

3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah (QS. As Saffat 100) 


Ertinya:

“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”

4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)


Memiliki anak soleh mahupun solehah tentu menjadi impian hampir setiap ibu bapa muslim. Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi/ dalam rahim.

Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi: 



"Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami'ul alim"


Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran

Ertinya:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Sesungguhnya, doa doa ini menjadi makanan rohani untuk ibu & anak. 

Betapa pentingnya menjaga kedua dua santapan jiwa dan makanan untuk ibu hamil yang sihat untuk mengelak atau menghilangkan kencing manis semasa mengandung untuk kekal sihat & cergas.

5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)


Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. 

Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:



“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a'yuniw waaj'alnaa lilmuttaqiina imaaman” 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 

Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)

Anak anak yang baik akan memberikan ketenangan dalam hidup ibu dan ayahnya. Rezeki tidak hanya dihitung dengan wang ringgit. Ketenangan hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kita dapat lihat, berapa ramai diluar sana yang kaya wang ringgit tetapi tertekan. Malam sukar tidur & terpaksa memakan ubat untuk meredakan tekanan.

Jiwa yang tenang akan melapangkan minda, dan membuatkan wajah kelihatan lebih cantik cerah dan awet muda. Begitulah betapa besarnya kesan doa sebagai senjata ke atas diri wanita & anak anaknya 

Doa seorang ibu untuk 
kebahagian anaknya 
sepanjang hidup 

7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)


Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.

Anda yang menginginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat dapat membaca QS. Ibrahim ayat 40 sejak ia berada dalam kandungan yang berbunyi:




“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa"

Ertinya:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.” (Hadis riwayat Ibn Sunni) 

16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya


Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.

surah dan ayat al quran untuk ibu mengandung

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut:

1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan 
2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat 
3 Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa 
4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak 
5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati 
6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat 
7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat 
8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah 
9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu. 
10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik. 
11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat. 
12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat. 
13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T. 
14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak. 
15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik. 
16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya. Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.

Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning. Ada kawan baik saya anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya. Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda.

Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?

Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah. 

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah


Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan. 

amalan ibu mengandung trimester pertama set mengandung shaklee

Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam amalan ibu mengandung.
  • Melazimi membaca Al-Quran 
  • Melazimi baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain 
  • Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri 
  • Makan makanan yang baik Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal 
  • Jauhi daripada sifat dendam dan dengki 
  • Rajin mengukirkan senyuman 
  • Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan 
  • Banyak berdoa kepada Allah swt 
  • Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis) 
  • Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran 
  • Tidak terlalu tertekan atau stres 
  • Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt 
  • Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat 
  • Melazimi berzikir 
  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu 
Selamat mencuba.
Saya sangat berminat dengan perkongsian pengalaman anda mengamalkan doa & surah al quran semasa mengandung. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran"

Masa mengandung memang elok perbanyakkan amalkan zikir dan doa. Semoga anak yang lahir nanti hafal dan amalkan surah dan ajaran al quran dalam hidup

Anak yang soleh kan punca pahala berterusan walaupun lepas kita tiada

Aamiin...alhamdulillah. Itulah harapan setiap ibubapa muslim..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top