Isteri Takkan Menyakiti Hati Suami Jika Dia Tahu Ada Bidadari Cantik Menanti Di Syurga

Tudung kanak-kanak
Wanita memang dilahirkan dengan segala sifat yang lemah, lemah lembut, sensitif, mudah terasa, mudah merajuk hingga tak sedar bahawa perbuatan mereka sering menyakiti hati pasangan terutamanya hati suami. Oleh sebab itu wanita sentiasa digalakkan memperbaharui ilmu dan iman mereka, audit diri, dan sentiasa menyemak setiap tingkah laku mereka samada ia menyakitkan hati pasangan atau sebaliknya.

Wanita cantik itu bukanlah dari lapisan mekapnya yang tebal atau tubuh badan yang menggiurkan sebaliknya wanita cantik dan solehah adalah wanita yang sejuk dan tenang dipandang kerana ketinggian peribadinya, kerana ketabahannya mengharungi dugaan hidup bersama insan bernama suami. Wanita cantik dan solehah tetap tersenyum ketika dunia dan isinya menjauhkan diri...

Isteri Takkan Menyakiti Hati Suami Jika Dia Tahu Ada Bidadari Cantik Menanti Di Syurga


Isteri Takkan Menyakiti Hati Suami Jika Dia Tahu Ada Bidadari Cantik Menanti Di Syurga


Dengarlah isteri, tahukah kamu bahawa pasanganmu di dunia belum tentu menjamin ia pasanganmu di akhirat. Lebih-lebih lagi jika kita sering melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan mereka. Jika seorang isteri tahu ada bidadari cantik menanti suamimu di syurga nanti, tentu isteri takkan menyakiti hati sang suami!

Baiklah...

Menulis memang mudah. Berkata memang senang jika kita tidak berada di tempat sang isteri yang sering disakiti. Hati isteri yang sering disakiti, dilukai, dizalimi mana mampu untuk ikhlas dengan suami? Isteri mana yang redha jika suami ada skandal sana sini...jadi, bagaimanakah isteri mahu menyenangkan hati suami. Sedangkan hatinya sendiri tidak tenang...

Tetapi...

Kita manusia yang tak sempurna. Jika anda tidak mahu bidadari cantik menemani suami anda di syurga nanti, maka berhentilah menyakiti hati suami. Tidak mengapa. Berjuanglah untuk fokus terhadap indahnya nikmat Allah yang menanti di syurga nanti. Berusahalah untuk melepaskan perasaan geram, benci dan sebagainya itu perlahan-lahan...yang lain biarlah Allah uruskan.

Biarkan Isteri Menyakitimu Wahai Suami, kerana...


Dari Muadz bin Jabal radhiyallahu anhu, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تُؤْذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا

"Jika seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat dari kalangan bidadari akan berkata:

"Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah MENCELAKAKANMU sebab dia hanya sementara berkumpul denganmu. Sebentar lagi dia akan berpisah dan akan kembali kepada kami." [HR. Tirmidzi no. 1174 dan Ibnu Majah no. 2014. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan baahwa sanad hadis ini hasan]

Beberapa manfaat dari hadis di atas:


- Bidadari syurga yang dimaksudkan adalah wanita yang putih matanya begitu putih dan hitam matanya begitu hitam. Matanya begitu mempesona.

- Hadis di atas menunjukkan isteri tidak boleh menyakiti hati suaminya seperti tidak taat kepada suami dalam hal yang makruf (perkara kebaikan).

- Namun pasangan suami isteri hendaklah tetap berlaku baik di antara satu sama lain supaya ikatan cinta suami isteri akan terus berkekalan.

- Allah menjanjikan balasan bagi orang beriman dengan mendapatkan pasangan yang suci, enak dipandang, yang membuat seseorang begitu cinta dan rindu padanya.

- Syurga, bidaradi dan segala kenikmatannya telah wujud ketika ini.

- Dunia negeri ujian, sedangkan akhirat negeri balasan.

Jadi, setiap kali isteri anda menyakiti anda, renunglah hadis di atas dan senyumlah..

Kredit: rumaysho.com

Lihatlah dan renungkan pengajaran daripada tulisan di atas. Wahai isteri, berhentilah menyakiti hati suamimu kerana ada bidadari cantik sedang menunggunya di syurga. Jika anda mahu menjadi bidadarinya di syurga nanti, istiqamah berubah demi janji-janji indah Allah yang terkandung dalam al Quran.

Insyaa Allah.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.