Asal Usul Buah Dokong Yang Ramai Tidak Tahu

aynora nur | 21 November, 2016,4:37 PM |
Advertisement
Asal Usul Buah Dokong Yang Ramai Tidak Tahu. Ramai yang tidak tahu apa itu buah dokong? Saya pun asalnya tidak tahu kerana ia adalah buah yang digabungkan atau di tut antara buah duku dan langsat. Jadilah buah dokong. Kalau silap, cuba baca kat bawah penerangannya..

Buah dokong ada banyak jenis, ada yang kecil bulat bentuknya, ada juga buah dokong yang berbentuk lonjong dan agak besar bentuknya. Sila baca sampai habis untuk ketahui ciri-cirinya...

Asal Usul Buah Dukong Yang Ramai Tidak Tahu
Asal usul buah dokong yang ramai tidak tahu

Secara amnya, buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buahnya berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 - 4.7 cm lebar dan 3.5 - 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 - 22 % brix.

Asal Usul Buah Dukong Yang Ramai Tidak Tahu 


Asal usul buah dokong. Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman Dokong. Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Disebabkan sekarang ni ada sesetengah pemuda pemudi dan saya sendiri (dulu lah...) tak kenal buah dokong, maka dengan penuh celik saya konfsikan info tentang buah dokong. Meh belajar sama-sama, ya tak?



Dokong - Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.

i. Dokong Kering

Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.

ii. Dokong Air

Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.

iii. Dokong Biji /Dokong Air

Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih

Sumber: http://www.pertanianperak.gov.my 



Kandungan Zat Makanan:

KandunganUnit/100 g bybm
Tenaga57 calories
Kabohidrat15.2 g
Kalsium19.0 mg
Kalium25.5 mg
Zat Besi1.1 mg
Vitamin B10.07 mg
Vitamin B20.04 mg
Vitamin C3.0 mg
Lemak0.2 mg
Protin0.9 mg
Niasin1.0 mg

Untuk maklumat lanjut tentang buah dokong, anda boleh baca, faham dan praktikkan (jika nak jadi pekebun dokong..), banyak infomasi berguna dikongsikan oleh JPN, Penang.  
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Asal Usul Buah Dokong Yang Ramai Tidak Tahu"

Biasanya kita panggil duku siam aje.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top