Doa Ketika Mendengar Berita Kematian

loading...
Doa Ketika Mendengar Berita Kematian. Bila menulis tentang kematian, ada perasaan sedih yang menular di sudut hati. Mati, semua benda yang hidup akan menemui mati. Kembali kepada penciptaNya. Bila ada orang mati atau meninggal dunia, kita digalakkan menyebut "innalillahi wainnailaihi rojiun.."

Saat kematian telah berlalu, meninggalkan dunia yang fana, maka berpindahlah alam hidup kita ke rumah baru yang dipanggil alam barzakh. Di alam barzakh lah tempat kita yang kekal hingga datangnya hari kiamat.

Bagi kita yang masih hidup, doakanlah kebaikan, rahmat, mohon ampunan, mohon taufik dan hidayah kepada si mati. Kerana...walau jasad telah berkubur, si mati masih mengharap taufik dan hidayah Allah jua..

Itulah sebabnya mengapa kita mesti mendoakan yang baik-baik kepada si mati. Doa-doa sahabat mukmin kepada sahabat yang lain amat makbul. Itulah antara hak seorang sahabat mukmin kepada sahabatnya.

Doa Ketika Mendengar Berita Kematian 


Doa ketika mendengar berita kematian
Doa ketika mendengar berita kematian

Untuk lelaki: Allahummagfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu Anhu

Untuk perempuan: Allahummagfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu Anha

Untuk dua orang:
Allahummagfirlahuma warhamhuma wa ‘afihima wa’fu Anhuma

Untuk lelaki lebih dari dua: Allahummagfirlahum warhamhum wa ‘afihim wa’fu Anhum

Perempuan lebih dari dua: Allahummagfirlahunna warhamhunna wa ‘afihinna wa’fu Anhunna

Maksudnya;

”Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan dan memaafkan kesalahannya. Amin Allahumma amin.

Semoga dengan perkongsian ini menjadikan kita manusia yang insaf bahawa hidup ini hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Wallahua'lam..

1 comment:

  1. boleh amalkan doa ini. banyak khasiatnya. http://datoksirkronik.blogspot.my/2016/12/amalan-doa-nurun-nubuwwah.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.