Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Belajar Buat Blog Yang Mudah

Belajar Buat Blog Untuk Jana Income Sampingan. Siapa yang nak belajar buat blog dengan saya? Sila angkat tangan.., dan anda dijemput untuk baca artikel ini sampai akhir untuk belajar buat blog dari saya. Saya pun belajar dengan sifu yang lebih pandai dan pakar dengan niche yang hebat-hebat belaka. Jadi, kita sama-sama belajar, ok!

Buat blog untuk jana income memang amat sesuai. Blog memiliki medium dan akses yang luas dari seluruh dunia. Dari blog kita boleh raih berpuluh ribu ringgit dan berjuta.. jika betul caranya. Cadangan saya adalah mari belajar buat blog untuk jana income tetap atau pun sampingan.

Belajar Buat Blog Untuk Jana Income

Kenapa kena ada blog?


Ya? Kenapa kena ada blog? Sebab hanya dengan blog anda ada hak sepenuhnya kepada idea dan pemikiran yang nak dikongsikan. Anda mungkin berfikir perkara A itu betul tetapi orang lain kata sebaliknya. Jadi manakah tempat yang sesuai untuk anda keluarkan pendapat dan buah fkiran anda itu? Tentulah sebuah blog, yang pada awal sejarahnya blog adalah sebagai diari harian yang unik.




Nak dapat income sampingan pun mesti ada blog. Dengan pasang banner iklan, buat advertorial, dan join affiliate marketer anda boleh dapat income dan komisen. Bila blog diuruskan dengan betul, anda mungkin ada pendapatan tetap setiap bulan dengan cara pasang iklan Adsense, Nuffnang, Innity dan banyak lagi.

Dimana nak belajar buat blog?


Jangan susahkan fikiran anda. Saya pun dulu bermula dengan buku "Dummies for Blogging". Saya beli buku tersebut 7 tahun dulu. Kini anda hanya perlu baca ebook Belajar Buat Blog yang ditulis dengan bahasa yang mudah difahami. Daftar sekarang dengan klik pada banner di bawah.

 

Syarat-syarat Belajar Buat Blog 


Nak belajar tak boleh main terjah aje tau.., kena ada yang mengajar, mesti ada panduan yang betul dan tak boleh main-main. Antara syarat yang harus pada seorang blogger yang nak buat blog adalah:

1. Minat buat blog
2. Kemahuan untuk belajar
3. Displin masa
4. Rajin membaca dari sebarang sumber
5. Istiqamah iaitu buat blog perlahan-lahan tetapi berterusan.


Panduan Belajar Buat Blog Yang Mudah 


Jika anda dah tak sabar nak buat blog sendiri, cepat-cepat download ebook "Belajar Buat Blog" di bawah. Anda pasti akan rasa amat bertuah kerana ada orang yang sanggup kongsi ilmu buat blog dan kongsikan kejayaan mereka jana income sampingan yang agak mewah. 

Ebook setebal 119 muka surat ini terbahagi kepada 7 bab kesemuanya iaitu:

  • Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
  • Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
  • Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  • Bab 4 : Buat duit dengan blog
  • Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  • Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka di internet
  • Bab 7 : Rumusan dan penutup

Tips santai berblog


Tetapi jika anda nak ikut tips yang saya gunakan untuk buat blog satu ketika dahulu, dari merangkak, berjalan dan kini alhamdulillah dah boleh berlari-lari anak, anda mungkin boleh praktikkan yang berikut:

1. Niat berblog. Mesti ada niat yang jelas. Nak dapat duit? Nak berdakwah? Terpulang pada anda. Buat sesuatu tanpa niat pasti tskkan berjaya!! Macam jugak kita solat, bersedekah dan buat blog... mesti ada niat.

2. Pilih niche blog anda. Apa itu niche? Boleh Google ya.., eh! tak apa saya kongsikan tentang niche. Niche adalah topik khusus blog anda. Mungkin tentang sukan, resepi, petua atau panduan? Mesti kena ada topik khusus yang jelas.

3. Pilih template yang betul untuk mudahkan kerja anda sebagai blogger baru. Boleh rujuk sini untuk template yang mesra SEO.

4. Rajin tulis entri. Jangan berhenti menulis. Ini adalah salah satu tips yang mesti dipatuhi dengan penuh displin. Anda akan tahu kenapa anda mesti rajin update blog dan tulis entri yang bermutu. Ini semua ada kena mengena dengan sistem Google jugak.

5. Belajar dan terus belajar tentang dunia blog. Salah satu sumber anda belajar buat blog yang baik adalah melalui ebook "Belajar Buat Blog". Anda juga kena rajin masuk group tentang blog dan tips SEO yang boleh menjadikan blog anda berhasil.

Siapakah sifu blogger yang anda kagumi?


Setelah hampir 6 tahun serius berblog, tentu saya ada blogger yang dikagumi. Anda pula bagaimana? Saya senaraikan blogger Malaysia saja kerana ia lebih dekat dengan kita. Ya tak? Antara sifu blogger saya dalam buat blog adalah Ben Ashari, Hasrul Hassan, Amir Denaihati, Fatin Liyana, Mia Liana dan Lyssa Faizuren. 

Penutup

Terima kasih kerana anda sudi baca perkongsian tentang belajar buat blog untuk jana income. Saya berharap ada sedikit ilmu yang anda perolehi dan faham apa yang cuba saya jelaskan. Belajar buat blog akan jadi lebih mudah dan menarik dengan setiap langkah demi langkah turut disediakan dengan download ebook "Belajar Buat Blog"Entri ini ditulis untuk satu contest SEO : Belajar Buat Blog anjuran blog Coretananuar.com.

Contest ini turut disertai oleh blog-blog berikut:

  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my 
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com 
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my 
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com 
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com 
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. sayabukancikgu.com 
  14. messarah.blogspot.my 
  15. jangan-bukak.blogspot.my 
  16. fadzirazak.com 
  17. heroborneo.com 
  18. nikkhazami.com 
  19. misztrex.blogspot.my 
  20. ummizarra.com 
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com 
  32. nasitambah.com 
  33. aynorablogs.com 
  34. ohtiptop.com 
  35. jebengotai.com 
  36. sensasi2020.com 
  37. sayaazieera.blogspot.my 
  38. jambubatublog.com 
  39. adibsite.com 
  40. sishawa.blogspot.my

Read More ....


Post a Comment

19 Comments

  1. Terima kasih sebab sudi join contest ni... Good Luck!

    ReplyDelete
  2. saya juga dah baca sangat best isinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabas sebab dh baca ebook tu, lepas ni boleh jadi blogger hebat. insyaa Allah ;)

      Delete
  3. Hebat kuasa blog sekarang ini. Dapat jana income lagi.

    ReplyDelete
  4. Hebat kuasa blog sekarang ni. Blog pun boleh jana income.

    ReplyDelete
  5. ULasan yang menarik tentang cnntest SEO Belajar Buat Blog.

    Semoga berjaya Aynora.

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya dalam kontes ini nanti..

    ReplyDelete
  7. nice sharing...!! Saya datang dr segmen yang sama.. salam kenal dan selamat maju jaya dlm dunia blogging :D

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close