Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Bagaimana menghilangkan tekanan dengan serta merta!

Bermacam-macam cara orang buat untuk hilangkan tekanan di tempat kerja. Ada yang tidur, ada menghilangkan tekanan dengan makan, ada juga dengan cara yang lebih kreatif iaitu melakukan perkara2 yang lucu (membuat lawak dsb). Cara2 yang saya sebutkan di atas tadi memang boleh digunakan bergantung kepada tahap 'stress' seseorang itu.

Tetapi sebagai orang Islam yang beriman (walau iman kita senipis kulit bawang!), kita digalakkan untuk bersolat dan berwuduk. Itulah jalan terbaik untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja atau dimana2, jika ada.

Banyak juga buku2 yang saya baca dan rujuk untuk menghilangkan tekanan. Selain daripada perkara2 yang disebutkan di atas, kita juga boleh mengamalkan senaman, mengambil diet yang seimbang, dan bercucuk tanam di rumah. Tapi kalau duduk kat bandar tak ada tanah nak bercucuk tanam, kita boleh mengemas rumah atau vakum seluruh rumah. Dengan cara itu stress boleh dikurangkan sementara badan menjadi sihat dan segar.

#DCP: Jarang stress sebab saya suka amalkan sikap terbuka dalam menangani masalah.   
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments