Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Karipap Ringkas

Isnin datang lagi, tapi bagi saya agak terlewat sehari. Apa nak buat, Isnin adalah hari cuti bagi rakyat Johor maka, tuan punya blog ikut cuti sekali. Kira off day la katakan...

Isnin adalah monday blues, tak ada mood dan hari meng'set'kan otak kepada kerja2 yang berlambak. Jadi, saya akan sharekan satu resepi yang agak ringkas tetapi lazat hinggakan hero2ku melantak semua sekali dalam masa sehari. Bayangkan kalau satu kilo tepung gandum, berapa ketul karipap kita boleh dapat?? Huh! Boleh jual kat pasar pagi tau...



Resepi Karipap Ringkas

Bahan-bahan:

Untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Sedikit air
Sedikit garam
6 biji kentang bersaiz besar - di potong dadu

Cara membuat kulit karipap:

Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana.

Untuk Inti:
(Semua bahan dikisar)

1 paket kecil kari daging
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
5 batang daun sup (dipotong halus)

Cara membuat inti:

1. Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
4. Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
5. Setelah sejuk, barulah digunakan.
Kenapa? Resepi nampak macam panjang? Tak adalah, ringkas aje tu. Tak caya cubalah...
##Aynora nur: Saya memang hantu karipap, tak pernah jemu pun!


Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini.


Sila Klik 'LIKE' Jika Suka dan Bagi Pandangan Sekali!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close