Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini Krisis Perang Nukleur Antara Korea Utara Dan Korea Selatan

Seoul: Korea Utara semalam menggesa orang asing di Korea Selatan menimbang keluar dari negara jirannya itu kerana ada kemungkinan perang nuklear akan meletus di Semenanjung Korea. Amaran itu menyusuli makluman kepada kedutaan asing di Pyongyang bahawa negara itu tidak boleh menjamin keselamatan diplomat jika perang meletus.





Perkembangan di Semenanjung Korea kini menuju kepada perang nuklear, menurut kenyataan semalam oleh Jawatankuasa Keamanan Asia Pasifik Korea Utara. Mereka tidak mahu orang asing di Korea Selatan menjadi mangsa. Ia juga menggesa semua pertubuhan, syarikat dan pelancong asing mengambil langkah ke arah berpindah dari Korea Selatan.

Sementara itu, di Tokyo, Jepun menempatkan peluru berpandu di ibu negara sebagai persediaan mempertahankan penduduknya daripada sebarang serangan Korea Utara. Pegawai berkata, pihak berkuasa mengutamakan keselamatan 30 juta penduduknya. Dua peluru berpandu darat ke udara Patriot Advanced Capability-3, sudah diletakkan di Kementerian Pertahanan Tokyo sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Laporan tempatan menyatakan, peluru berpandu PAC-3 akan ditempatkan di dua lagi lokasi di ibu negara.

Sumber : AFP


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. aduh napa bperang pla.bru plan nk g sna.mdh2an mreka x jadi perang.syg la negara korea klu bperang

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close