Sehubungan dengan itu, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00
Syarat-syarat Kelayakan Memohon PR1MA:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Cara-Cara Memohon PR1MA
- Daftar dengan PR1MA, klik di sini
- Semakan dokumen-dokumen yang diperlukan, klik di sini
Nota:
- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.



memberi peluang kepada mereka yang memerlukan..bagus...
ReplyDelete