Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bantuan GST kepada pengguna

Bantuan GST kepada pengguna - GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 bukanlah perkara baru buat rakyat Malaysia. Pada zaman Pak Lah jadi PM lagi GST telah dibincangkan di kabinet. Oleh kerana rata-rata rakyat di negara kita belum bersedia, maka GST tertangguh perlaksanaannya. Kemudian ada beberapa susulan perbincangan dengan pakar ekonomi dan juga meminta pandangan daripada rakyat jelata, GST masih lagi belum dapat dilaksanakan.

Akhirnya pada pembentangan bajet 2014  yang lepas, PM Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa GST akan mula dilaksanakan mulai tahun depan iaitu tahun 2015.

Namun begitu, sebagai sokongan kepada pengguna dan peniaga, kerajaan memberikan beberapa bentuk pengurangan kepada golongan tersebut.


Faedah Sokongan GST kepada pengguna


Gambar sumber AstroAwani


Sokongan kepada pengguna:


1. Bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima isirumah BR1M

2. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1.3 mata peratusan iaitu bersamaan 300,000 pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna. Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai. Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai.


3. Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000-00

Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara. Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.
4. Kadar cukai maksimum 26% diturunkan kepada 24%, 24.5% dan 25%


Sokongan kepada peniaga:



1. Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

2. Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus. Langkah ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2016;

3. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata peratusan mulai tahun taksiran 2015;

4. Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenarkan mulai tahun taksiran 2015;

5. Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016. Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan.

6. Geran latihan GST RM100 juta - Geran latihan sejumlah 100 juta ringgit kepada peniaga yang menghantar kakitangan, untuk menjalani latihan GST bagi tahun 2013 dan 2014.

7. Di samping itu, bantuan kewangan sejumlah 150 juta ringgit disediakan kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan bagi tahun 2014 dan 2015.


Untuk lain-lain maklumat tentang GST dan perlaksanaannya, sila klik pautan di bawah:

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. There's certainly a great deal to find out about this issue.
    I like all the points you made.

    Feel free to visit my blog; clash of clans triche

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close