Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

1001 Ucapan Indah Dan SMS Aidil Fitri 2021

1001 Koleksi Mutiara Kata Indah Dan SMS Aidil Fitri 2021 - Lebaran menjelang lagi. Telah sebulan berpuasa, tiba masanya kita menyambut kemenangan dengan kegembiraan dan saling maaf memaafkan. Mungkin koleksi Mutiara Kata Indah Dan SMS Aidil Fitri yang saya kongsikan ini dapat kita kirimkan kepada kawan-kawan, sahabat, keluarga tersayang dan juga rakan sekerja, tanda kita menyambut keraian aidil fitri dengan tenang dan muhibah. Kosong-kosong ya...boleh gitu??


1001 Koleksi Mutiara Kata Indah Dan SMS Aidil Fitri
Ehsan Google

Koleksi Ucapan Aidil Fitri Yang Indah 2021


1. Selembut embun dipagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat merayakan aidil fitri, mohon maaf zahir batin.

2. Walaupun di apit dengan jarak, hingga mata tak pernah bertatap, seiring suara beduk yang menggema, dan dengan merdunya suara takbir yang berkumandang, dengan ini aku hulurkan Selamat menyambut hari raya aidil fitri, mohon maaf zahir batin.

3. Sebulan lamanya kita berpuasa, kini saatnya menggapai kemenangan, apabila ada kesalahanku yang kurang berkenan, aku mohonkan untuk di maafkan. selamat hari raya aidil fitri, mohon maaf zahir dan batin.

4. “Ramadhan membersihkan noda-noda dosa di dalam hati, telah tiba saat untuk meraih rahmat dan ampunannya, Untuk sikap dan lisanku yang tak terjaga hingga menorehkan luka, mohon bukakanlah pintu maafmu yang sebesar2nya, Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

5. Apabila nyawa tinggalkan raga, Maka nafas akan berhenti, Apabila kehadiran Ramadhan telah mensucikan hati, Mari untuk saling memafkan di hari Yang mulia ini, Selamat menyambut 1 syawal..

6. Tiada kata terindah kecuali zikir, tiada hari seindah Hari raya Aidil fitri, Untuk lisanku yang tak terjaga, untuk janji yang terabaikan, untuk hati yang berprasangka, untuk sikap yang menyakitkan, izinkan kedua tanganku bersimpuh, Minal aidhil walfaidzin, mohon maaf zahir dan batin.

7. Walaupun tangan tak sempat berjabat, saat jiwa penuh dosa mengharapkan sebuah maaf, hanya melalui pesan ini kedua jemariku berjabat, Minal aidziin wal Faidzin, mohon maaf zahir dan batin.

8. Andai tangan tak kuasa menjabat
Setidaknya kata masih dapat terungkap
Setulus hati mengucapkan
Selamat Aidil Fitri, Mohon maaf zahir & batin
Redha Allah dan berkahNya
Menyertai hambanya
Yang saling ucapkan maaf
Dan memberi maaf
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan batin

9. Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

10. Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

11. Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Koleksi SMS Lucu Aidil Fitri


1. Anak remaja memakai gelang, gelang dipakai berhias intan, hari raya akan menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan batin.

2. Membuka hati dapat CINTA, membuka fikiran dapat ILMU, membuka mata cari rezeki dan buka handphone satu pesan diterima, selamat lebaran Aidil fitri, mohon dimaafkan segala kesalahan.

3. Jika aku tak memberi maaf
Bukan kerana aku tak mau memberi maaf
Tetapi engkau tak punya salah
Maaf apa yang harus kuberikan?

4. Walau sering tumpang keretamu
Bukan bererti tak merasa malu
Walau sering bertanya padamu
Bukan bererti tak merasa menyusahkanmu
Kutahan malu kerana percaya padamu
Bahawa kau adalah teman sejatiku
Di Hari Aidil Fitri ini kumohon kerelaanmu
Memaafkan diriku yang sering menyusahkanmu...

5. Andai kau rasa aku suka iri
Andai kau rasa aku suka dengki
Sahabat maafkan aku yang khilaf ini
Ingatkan aku bila-bila menyakiti hati
Semoga di Aidil fitri ini
Kau tetap menganggapku sahabat sejati

6. Dosa-dosa kecilku padamu
Kalau dikumpul boleh jadi besar
Kebaikan-kebaikan kecilmu padaku
Kalau dikumpul hutang budiku besar
Sahabat satu pintaku di hari raya
Maafkan segala dosaku dan
Jangan berhenti jadi sahabatku

7. Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal
Minal Aidin Wal Faidzin,
Taqabalallahu minnaa wa minkum

9. Berbuat khilaf adalah sifat
Meminta maaf adalah kewajiban
Dan kembalinya Fitrah adalah tujuan
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

10. MATA kadang salah melihat
MULUT kadang salah mengucap
HATI kadang salah menduga
Dengan niat tulus suci dengan ikhlas
Mohon Maaf Zahir dan Batin

11. Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

12. Bakar lemang sambil berdiri,Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

13. Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

14. Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Semoga koleksi ucapan indah dan SMS Aidil Fitri 2021 di atas dapat menceriakan syawal kita dan saling bermaafan sesama kita. Selamat menyambut syawal, mohon maaf zahir dan batin, insyaa Allah...

Salam kosong-kosong... 
#sumber:google

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wow, wonderful weblog structure! How lengthy have you been running a blog for?
    you made running a blog glance easy. The whole glance of your website is wonderful, let alone the content material!



    Look at my web site :: find more info

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close