Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mee Kari Ayam Ringkas Dan Paling Sedap

Resepi Mee Kari Ayam Ringkas Dan Sedap - Saya rasakan menu paling kerap dimasak sepanjang tahun ini adalah mee kari. Saya agak pandai memasak mee kari, itu pun setelah banyak kali cuba dan cuba lagi. Sejak tiga tahun lepas, hampir setiap bulan saya pernah memasak mee kari. Lagipun menyediakan mee kari tidaklah susah mana pun, main campak aje pun sedap...hihi

Mee kari ayam lebih sedap bila letak isi kerang. Kalau tak ada isi kerang, saya akan masukkan fish cake atau fish ball. Memang naik rasa dia..

Resepi Mee Kari Ayam Ringkas Dan Sedap
Gambar mee kari ayam pinjam dari Google..



Resepi Mee Kari Ayam Ringkas Dan Sedap

{Anggaran hidangan untuk 8 orang}


Bahan Utama:


** 1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersikan. Jangan buang tulangnya, masukkan ketika memasak kuahnya lagi best!
** 500 gram udang sederhana besar dibuang kulitnya






Bahan untuk dikisar:


1) 2 biji bawang merah besar - dikisar
2) 2 ulas bawang putih - dikisar
3) 2 cm halia - dikisar
4) 2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
5) 1 sudu kecil serbuk kunyit
6) 1 kotak santan
7) minyak untuk menumis
8) air masak

Cara Menyediakan Kuah


1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ke dalam periuk sehingga naik baunya.


kuah mee kari, gambar dari Google

2. Masukkan isi dan tulang ayam yang telah dibersihkan. Kacau rata dengan bahan kisar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit agar ayam dan tulang menjadi lembut. 

3. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah. Selepas lebih kurang 10 min, masukkan fish cake atau bebola ikan, udang dan tauhu yang digoreng tadi. 

4. Masukkan dua atau tiga cawan air ke dalam kuah dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah. 

5. Masukkan daun kari dan daun sawi sebagai penambah rasa. Daun sawi masakkan sebentar saja. Daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan. 

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. 

7. Mee kari sedia untuk dihidang.

Bila kuah mee kari ayam sudah siap dimasak, bolehlah dihidang mengikut kreativiti tekak masing-masing...hihi. Apa yang saya buat, fish cake dan tauhu goreng dimasukkan terus dalam kuah kari tadi. Lebih menyerap rasa kuahnya... 


Bahan Hiasan


~ 1 paket mee kuning dicelur (1kg punya)
~ 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
~ 2 keping fish cake dihiris
~ Sawi
~ Limau nipis dan cili merah yang dihiris
~ Bawang goreng untuk ditabur
~ 4 biji telur di rebus
~ Daun sup dan daun bawang di hiris halus
~ Taugeh
~ Daun kari


Gambar mee kari ayam, ehsan Google 

Selamat menjamu selera. Mulakan dengan Bismillah, dah habis nanti bacalah alhamdulillah...


Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. alamak aiii...sedapnyer mee kari....

    ReplyDelete
  2. Mana gambar dari tuan tanah. Nak tgk mee kari jadi ape..hehhehehe

    ReplyDelete
  3. Nak masak mi kari dengan mudah?hubungi saya 0137976933 untuk dapatkan pes mi kari y sedap dan mudah.cod area kuala terengganu 😊

    ReplyDelete
  4. kalau tak goreng dulu udang,fish cake tu bole juga kan?

    ReplyDelete
  5. kalau tak goreng dulu udang,fish cake tu bole juga kan?

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 bahan itu, kerang yang payah nak jumpa masa PKP nih heheh:)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close