![]() |
| Asam keping boleh digunakan untuk mengelakkan kuali melekat ketika menggoreng ikan atau ayam |
Ada juga petua-petua lain yang saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sebagai rujukan, jika anda mahu mencubanya.
Petua Elak Kuali Melekat Ketika Menggoreng Ikan
1. Bagi mengelakkan ikan melekat di kuali ketika digoreng, anda bolehlah gaulkan ikan atau ayam dengan garam, kunyit dan sedikit tepung beras. Buat seperti kita nak goreng pisang. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Ikan dan ayam bukan saja tidak melekat di kuali, malah akan lebih garing.
2. Boleh juga guna asam keping. Masa nak panaskan minyak, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali, kemudian baru masukkan ikan. Insya Allah, memang tidak akan melekat pun kuali tersebut. Ikan atau ayam yang digoreng pun nampak cantik.
3. Ambil sedikit kulit bawang dan campak dalam kuali bersama ikan atau ayam yang hendak digoreng tadi. Selalunya menjadi cara ini. Namun jika ketiga-tiga petua did atas masih tidak menjadi, gunakan sahaja cara praktikal yang saya cadangkan di atas.
Selamat mencuba...


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.