Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Siapakah Caliph Buskers Yang Trending Selepas AJL29

Siapakah Caliph Buskers? Nama kumpulan pemuzik cacat penglihatan ini secara tiba-tiba menjadi trending di media sosial setelah terlibat dalam persembahan bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada Ahad lalu. Lagi gemilang bila kumpulan Mojo featuring Caliph Buskers ini memenangi persembahan terbaik dalam AJL29 ini. Tahniah!!


Ehsan Rotikaya


Kehadiran kumpulan pemuzik jalanan tersebut yang terdiri daripada golongan insan istimewa cacat penglihatan telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi yang luar biasa.

Caliph Buskers ditubuhkan sejak setahun yang lalu dan terdiri daripada enam orang anggota iaitu, Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.




Mengikut laporan SinarHarian, kumpulan ni kebiasaannya mengadakan persembahan pada setiap hari Sabtu sehingga Khamis selama tiga jam bermula jam 12 tengah hari di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang terpukau dengan bakat anugerah Tuhan kepada pemuzik Caliph Buskers ini dan ingin membuat sumbangan atau melihat sendiri keupayaan mereka, boleh lah pergi ke sana. Apa salahnya kita menderma bagi mengurangkan beban mereka, jika ada.

Caliph Buskers mendapat perhatian ramai setelah mendendangkan lagu 'Romancinta' di Anugerah Juara Lagu 29 bagi menggantikan penyanyi asal kumpulan Mojo, Aweera.

Caliph Buskers menegaskan bahawa mereka bukanlah peminta sedekah sebaliknya mencari rezeki halal dengan bakat yang dikurniakan oleh yang Maha Esa. Anggota kumpulan ini juga tidak pernah mendapat pendidikan formal dari segi vokal ataupun bermain alat muzik. 

Tak ada latihan formal pun dah berbakat luar biasa, kan. Inilah 'amazing'nya OKU berbanding kita yang sempurna. Wajah mereka penuh keikhlasan. 

Sebarkan bahagia. Kongsikan jika bermanfaat. Semoga bertambahlah rezeki mereka hendaknya.  
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments