Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Cara Diet Atkins Pada Hari Raya

Diet Atkins boleh diamalkan pada bila-bila masa dan keadaan. Walaupun sedang beraya, tidak semestinya kita tidak boleh berdiet.

Diet Atkins secara ringkasnya adalah diet dari mengambil kabohidrat yang berlebihan di mana dihadkan kepada 20gram karbo sehari. Kabohidrat banyak didapati daripada nasi (beras), tepung, ubi keledek dan ada beberapa lagi makanan.

Cara Diet Atkins Pada Hari Raya

Okay, sekiranya anda seorang yang kuat makan nasi dan tidak boleh hidup tanpa nasi, masih boleh ambil nasi dalam jumlah yang sedikit, contohnya dua sudu sahaja. He he...

Bagaimana nak buat diet Atkins ketika hari raya?


Mudah saja. Mudah ke??

Contohnya keluarga menyediakan hidangan/menu hari raya seperti berikut:

Nasi impit/ ketupat
Ayam masak merah
Rendang daging chili padi
Kuah lodeh
Sambal/kuah kacang
Nasi ayam Hainan
Nescafe tarik kaw
Dan banyak lagi....

Bagaimana mahu memilih menu diet Atkins anda?


1. 1 biji ketupat = anggaran 21gm karbohidrat. Ambil 1/4 ketupat sahaja pada setiap hidangan untuk mengawal jumlah 20gram sehari pengambilan karbohidrat.

2. Ayam masak merah - jangan letak gula. Kandungan gula dan sos juga tidak dibenarkan ketika diet Atkins. Kerana kedua-duanya mengandungi kandungan gula yang tinggi

3. Rendang daging - pun sama. Daging tiada karbohidrat, jadi boleh makan banyak tetapi dengan syarat tiada campuran gula dalam rendang tersebut.

4. Kuah lodeh - jangan ambil kentang, lobak, kacang panjang (jika ada), sengkuang yang mengandungi karbohidrat. Ambil kuahnya aje kut...hihi

5. Sambal/ kuah kacang - lebih elok jangan ambil. Kekacang tidak dibenarkan dalam diet atkins

6.  Nasi ayam hainan - boleh makan satu mangkuk kecil tetapi tidak boleh ambil ketupat. 1 pinggan nasi ayam Hainan = 56gram karbohidrat. So, 1 mangkuk kecil pun mungkin sudah merangkumi seluruh 20gram karbohidrat anda dalam sehari. Be careful ek...

7. Nescafe tarik kaw - tidak boleh minum. Minuman berkafein tidak dibenarkan ketika diet Atkins. Tukar dengan air masak/putih. Lebih menyihatkan. Anda boleh juga buat air jus timun dan tembikai cina yang kurang manis.

Baca: Jadual diet Atkins yang simple

8. Minuman bergas juga tidak boleh diambil. Kandungan gula sangat tinggi.

Semoga dengan sedikit panduan diet Atkins di atas dapat membantu anda berhari raya sambil terus mengamalkan diet Atkins.

Selamat mencuba.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.