
Coretan Indah Buat Saudara Seislamku
Kepada semua saudaraku muslimin dan muslimat
Aku bermohon kepada Allah agar mengeluarkan segala bentuk kesedihan daripada hati mereka, dan mengisi kebahagiaan, kesenangan dan kegembiraan ke dalam hati mereka, serta membahagiakan mereka di dalam dunia dengan ketaatan padaNya.
Kelak di akhirat baginda Rasulullah menemani mereka di dalam syurga Firdaus, dan menggabungkan kita semua di dalam syurga sebagai saudara yang penuh dengan kebahagiaan.
(Sumber: Mahmud Al Mashri (Abu Ammar)
Jangan bersedih duhai saudara seislamku,
Tersenyumlah dalam kehidupan. Mengapa harus dibiarkan diri dibelit dengan kegundahan. Jangan biarkan hati dipenuhi dengan kekotoran hasad dan khianat. Setiap kesakitan itu ada ubatnya.
Apakah ubat hati yang sakit dan kotor? Tentulah keimanan yang teguh di dalam hati. Istiqamah. Berterusan. Bukankah Allah Maha Berkuasa mengubati lantas menyembuhkan. Mengapa harus ada sangsi jika kita telah bersaksi Tiada Tuhan selain Allah. Insyaa Allah Dia akan melapangkan yang sempit dan memudahkan yang sukar.
Allah SWT berfirman;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa, Dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Surah Ali Imran:102)
Jadikan coretan indah ini sebagai kenangan terindah dalam ukhuwah kita. Semua orang Islam bersaudara. Ingatlah saudara seislammu ini dalam lingkaran doa kalian.
Sebarkan bahagia. Tersenyumlah dalam kehidupan.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.