Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran

Doa Mohon Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran - Doa adalah usaha kita untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Berdoa boleh mengubah takdir. Insyaa Allah. Usaha, doa dan tawakkal sering dititipkan kepada pelajar yang mahu menduduki peperiksaan. Berdoa juga satu terapi dan motivasi diri ketika dalam keadan tertekan. Lagi-lagi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting dalam alam persekolahan mereka.

Sebagai satu lagi pilihan buat anda, saya kongsikan doa mudah faham dan cepat hafal pelajaran untuk manfaat semua.

Doa Mohon Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran



Doa Mohon Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran
Doa Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran

Doa Mohon Mudah Faham Dan Cepat Hafal Pelajaran Dalam Rumi


Fafahamnahaa sulaimaan, wakullan a'tainaa hukmaaw wa'ilmaa, wasakh kharna ma'aa daawuudal jibaala, yusab-bih nawatthair, wakunnaa faa ilin,

Ya hayyu ya qayyum, ya rabba muusa wa haarun, wa-rabba Muhammad, shall allahu 'alaihi wassallam, 'alaihim ajma'in, Allahhummar zuqni, fahmaan wal ilma wal hikmata wal 'aqla birahmatika yaa arhamar ra-himiin..

Ertinya:

Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-gunung dan burung kepada Daud, dan semuanya itu kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan yang hidup dan yang berdiri sendiri, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan Nabi Muhammad SAW dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki faham, ilmu dan hikmat dan fikiran dengan rahmatMu ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.

Cara amalkannya:

Syahabudin Ahmad bin Musa menerangkan supaya dimudahkan faham dan mudah hafal sesuatu yang dipelajari, hendaklah diamalkan DOA tersebut 10 kali setiap hari.

(Dipetik dari kitab Arrahmah fith thibi wal Hikmah oleh Jalaludin Assayuthi halaaman 227)

Semoga bermanfaat.

Sebarkan dan berkongsi kepada yang lain sekiranya membawa kebaikan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close