
Orang tua-tua kata serai boleh menghalau kutu beras. Mungkin juga boleh dicuba jika anda ada masalah kutu beras dalam bekas simpanan beras anda.
Ok.
Jom bicara pasal resepi pulak.
Resepi Ayam Goreng Serai
Hidangan resepi ayam goreng serai di bawah untuk 2 orang. Kosnya pula tak sampai RM10. Murah, cepat dan ringkas. Lauk yang boleh dibuat ketika emergency atau malasss...hihi;-)★★
Bahan-bahannya:
100 gram ayam - dipotong kecil
2 batang serai dihiris halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara menyediakan resepi ayam goreng serai
1. Gaul ayam bersama serai yang telah dihiris halus, serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing.
3. Kemudian hidangkan dengan nasi panas/ nasi goreng.

Selamat mencuba.♥♥♥

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.