Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Tuan Anas Mikael Di Astro Gandingkan Aaron Aziz Dengan Zara Zya

Aynorablogs.Com - Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Di Astro. Drama ini akan mula bersiaran di Astro mulai 9 November 2015, setiap hari Isnin hingga khamis pukul 10:00 malam. Tuan Anas Mikael diterajui oleh 2 bintang kesayangan ramai iaitu Aaron Aziz dan Zara Zya.

Dalam Tuan Anas Mikael, Zara Zya memegang watak sebagai 'Ayu Maisarah' iaitu seorang anak pembantu rumah...

Manakala Aaron Aziz sebagai 'Tuan Anas Mikael' iaitu seorang playboy yang sering mempermainkan wanita. Apabila dia bertemu dengan Zara Zya umpama bertemu buku dengan ruas. Sama-sama memiliki ego yang tinggi.


Drama Tuan Anas Mikael Di Astro Gandingkan Aaaron Aziz Dengan Zara Zya


Info Drama Ringkas Tuan Anas Mikael

Drama Tuan Anas Mikael diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Zara Zya. Drama terbitan Pena Creative Pictures ini turut dijayakan oleh Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emelia, Sarah Anne dan Fazlina Ahmad Daud. Drama Tuan Anas Mikael bersiaran selama 16 episod.

Jika anda pernah baca e-novelnya dalam Penulisan2u, pada episod awal perkenalan antara Ayu Maisarah dengan Tuan Anas tidaklah berlaku dalam cara yang baik. Maksudnya mereka saling bertingkah, nampak ego dan masing-masing tidak menyukai antara satu sama lain. Namun yang menariknya, Ayu Maisarah di tawarkan gaji yang amat tinggi untuk jawatan 'cleaner' sahaja. Jadi, apakah sebenarnya job description yang perlu dilaksanakan oleh Ayu Maisarah dengan gaji setinggi itu? 

Jangan lupa saksikan drama menarik dengan karekter selamba Zara Zya yang mencuit hati.  


Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael


Drama Tuan Anas Mikael adalah karya adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil.


Sinopsis dari belakang kulit novel:

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Tetapi… Di Krabi…

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” – TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih…

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. – TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan… Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan… Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” – AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu…. Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” – TUAN ANAS MIKAEL

Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my


Mengapa saya nak tengok Tuan Anas Mikail?


Saya bukanlah orangnya yang akan terpacak depan TV untuk menunggu sesuatu drama disiarkan. Lebih-lebih lagi bila drama tersebut ditayangkan pada waktu yang kurang sesuai. Sewaktu pihak Astro menayangkan teaser Drama Tuan Anas Mikael, saya sudah mulai jatuh cinta. Lagu temanya pun macam 'suspen' dan mengundang minat saya untuk menonton drama tersebut.

Waktu tayangan Tuan Anas Mikail juga sesuai untuk tontonan bersama keluarga.

Selain daripada itu saya tertunggu-tunggu lakonan Zara Zya yang tidak pernah gagal membawakan karekternya dengan begitu cemerlang sekali.


Sipnosis Tuan Anas Mikael Episod 1 - 2 Di Astro Ria 


1. Pada awal episod, Ayu Maisarah terpaksa menggantikan ibunya iaitu Cik Su untuk bekerja sebagai pembantu rumah di rumah agam milik Tuan Anas Mikael. Kerana Mak Cik Su mengalami demam yang agak teruk.

2. Sewaktu mencuci rumah Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah telah menyebabkan tuan rumahnya itu tergelincir di tangga. Bermulalah episod 'perang dingin' antara Ayu dengan Tuan Anas hingga menimbulkan satu 'perjanjian' antara mereka.

3. Ayu tidak mahu menerima persetujuan untuk menjadi pengganti Cik Su di rumah Tuan Anas dan mula mencari kerja selama lebih kurang dua minggu.

4. Dalam episod 1 ini juga Ayu terjumpa gambar yang tercicir dari album ibunya. Apakah kaitan gambar itu dengan mereka?

5. Setelah gagal memohon kerja di merata tempat, akhirnya Ayu bersetuju bekerja di rumah Tuan Anas Mikael dengan beberapa syarat.

6. Tuan Anas malas melayani bakal isterinya yang kuat mendesak dan mengawalnya. Safra Ariana adalah pilihan ibunya.

7. Setelah bersetuju menerima jawatan pembantu rumah, Ayu Maisarah dan Cik Su diminta tinggal berdekatan dengan rumah agam Tuan Anas Mikael iaitu rumah kecil di belakang rumahnya.

8. Puan Sri Tengku Anansa membuat lawatan mengejut ke kediaman Tuan Anas. Apakah yang terjadi seterusnya?

9. Dalam episod 2, Ayu Maisarah dan Cik Su telah berpindah ke rumah pekerja yang terletak di belakang rumah Tuan Anas.

10. Ayu mula memasak seperti diarahkan oleh majikannya itu tetapi telah dihina oleh Tuan Anas. Maka dia akan memanggil tukang masak professional untuk mengajarkan Ayu.

11. Ayu di bawa ke pejabat Tuan Anas dan banyak dibantu oleh Kay, iaitu PA Tuan Anas. Ayu ikut sama dalam mesyuarat dan telah memberikan pendapatnya tentang projek dk Krabi dan dipersetujui oleh Tuan Anas.

12. Sewaktu makan tengahari Ayu Maisarah tinggal di pejabat Tuan Anas dan telah bersemuka dengan Safra yang sedang mencari Tuan Anas Mikael. Apakah yang akan terjadi bila dua wanita berlainan darjat itu bertembung?

Selamat menonton. Semoga drama Tuan Anas Mikael membawa manfaat kepada anda semua.


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close