Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Iced Chocolate Di Swensen Season

Iced Chocolate Di Swensen Season. Oleh kerana saya ada kerja yang perlu disettlekan di City Square, tengahari tu saya makan di Season. Rindu betul nak makan chicken baked ricednya yang melt kat mulut. Hahaa...

Ketika membelek-belek menu makanan, beberapa kali saya gosok mata kerana harga menu makanan yang mahal-mahal boleh tahan...tapi sesekali nak juga makan cheese baked yang tak pandai nak buat kat rumah, kan...

Tapi akhirnya saya tak jadi order cheese baked rice pun, sebab tengok 'portion' yang besar. So, saya order Ayam Masak Merah With Rice dengan Iced Chocolate. Hihi...






Iced Chocolate Di Swensen Season


Iced chocolate ni saya suka sebab rasanya yang kurang manis dan float di atasnya lemak berkrim, tidak terlalu bau wangi vanilla dan sebagainya seperti sesetengah float ice cream yang lain.



Sebenarnya selain nak menjamu perut yang kosong, saya tengah buat survey harga di kafe yang terdapat di pusat beli belah di selatan tanahair ini.,

Pada pendapat saya purata harga segelas air biasa mencecah lebih RM6.00., memang agak mahal. Biasalah kan...itu semua dah bercampur dengan kos sewa, gaji staff dan juga Pemasaran...redha aje lah.

Namun begitu sebagai pengguna yang bijak, anda ada hak untuk tidak makan di kafe-kafe yang mengenakan harga makanan yang tinggi dan tak masuk akal. Kalau dah lapar sangat, tahan sekejap dan carilah kedai makan yang mengenakan harga yang berpatutan dan juga sedap.

Betul tak?

Yang penting, tepuk poket tanya perut...hihi...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close