Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Janjilah Jangan Berbohong

Janjilah Jangan Berbohong. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Begitulah, pepatah melayu lama penuh kiasannya. Bercakap bohong memang tidak disukai orang, kerana bila seseorang telah biasa berckap bohong dia tak akan mudah berhenti daripada melakukannya. Bila sekali dua terlepas, sudah jadi berani berbohong berkali-kali. Berhati-hatilah ya...

Janjilah Jangan Berbohong


Berkaitan dengan berbohong, saya nak kongsikan satu kisah pada zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu.

Janjilah Jangan Berbohong


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan kisah seseorang yang berjumpa Rasulullah SAW kerana hendak memeluk islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata:

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Luah lelaki itu.

Dia turut menceritakan kejahatannya seperti suka mencuri, berjudi dan minum arak.

Mendengar cerita lelaki tadi, Nabi pun bersuara. Namun peliknya, Rasulullah langsung tidak menyuruhnya meninggalkan segala kejahatan yang dilakukannya. Nabi hanya menyuruh lelaki tadi meninggalkan cakap bohong.

"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" Tanya Rasulullah.

"Ya, saya berjanji." Jawab lelaki itu.

Selepas itu dia pun pulanglah ke rumahnya.

Dalam perjalanan pulang lelaki itu mula serba salah. Janjinya dengan Rasulullah dirasakan amat sukar.

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Bisik hati kecilnya.

Namun bila terdetik untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berniat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah? Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?" Bisik hati kecilnya lagi.

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang islam. Oh Tuhan...sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak naluri sehingga menjadi mukmin sejati. Semuanya hanya kerana dia berjaya meninggalkan cakap bohong seperti janjinya kepada Rasulullah.

Begitulah kisah yang penuh pengajaran untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan. Yang jahat tak selamanya bergelumang dengan kejahatan dan yang baik belum tentu selamanya begitu.

Ingatlah! Allah swt amat sayang hambanya yang istiqamah. Pelan pelan buat kebaikan tetapi tetap berterusan.

Semoga bermanfaat.

#sebarkan bahagia


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments