Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mee Goreng Ringkas Untuk Sarapan

Mee Goreng Ringkas Untuk Sarapan. Namanya mee goreng ringkas, jadi bahan-bahan yang digunakan semuanya ringkas, ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Ini namanya kempen jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan. Ketawa besar syaitan tu bila kita buang makanan dalam tong sampah. Jadi natijahnya, jangan beli benda yang kita takkan guna, sebaliknya beli apa yang kita perlu saja. Peti sejuk pun tak sesak, ya tak??

Sebelum memasak sarapan tu, cuba check adakah bahan-bahan yang tersedia itu masih sah tempohnya, manalah tahu jika dah habis tempoh ada pula yang terkena ceret birit. Kan susah nanti...

Dah puas bebel, jom masuk dapur buat sarapan pagi dengan menu mee goreng ringkas je.....

Mee Goreng Ringkas Untuk Sarapan


Mee goreng ringkas untuk sarapan

Bahan-bahan:

1 kilo mee kuning - cuci sebentar dan toskan
10 ekor udang - dibuang kulitnya {kalau tak ada udang boleh tukar sotong @ ayam, ikut stok dlm peti sejuk}
4 biji bawang kecil - dihiris
1 bungkus sederhana cili boh
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
Sedikit sos cili
1 bungkus fish ball
1 mangkuk taugeh
3 biji telur
Garam, gula, perisa ikut citarasa
Cili merah untuk hiasan

Cara menyediakan mee goreng ringkas untuk sarapan


1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili boh hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan fish ball dan udang,. Biarkan hingga mendidih. Masukkan sos cili. Kemudian pecahkan telur dan ratakan.

3. Masukkan mee kuning dan gaul hingga rata.

4. Perisakan dengan garam dan gula serta perisa makanan jika suka.

5. Akhir sekali baru masukkan taugeh, ratakan sekejap sahaja. Matikan api. Biar taugeh segar dan jangan terlalu layu. Taburkan cili hijau yang dipotong serong sebagai hiasan.

6. Siap untuk dihidangkan untuk sarapan pagi anda.

Hah! Dah siap.

Mee goreng ringkas

Lepas tu buat kopi kaw dan dihidangkan dengan roti bakar sebagai menu pilihan. Sebab ada anak tak suka sarapan mee goreng pagi-pagi, terpaksalah kepala ligat buat menu sampingan. Haha...

Memasak adalah kesabaran. Memasak untuk keluarga adalah kebahagiaan terutamanya bila apa yang dimasak itu habis dimakan. Alhamdulillah...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close