Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat

Petua Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat - Apa agaknya cara paling cepat nak hilangkan sakit kepala? Sebelum ini saya selalu juga guna panadol #activefast untuk cepat lega. Tapi cara itu berisiko sikit orang kata..

"Apa korang guna eh untuk hilangkan sakit kepala dengan cepat?

"Tak ada cara senang ke?"

"Ala...buat tido aje, cepatlah baiknya tu..."

Begitulah biasanya dialog saya dengan kawan-kawan sekerja. Macam-macam kaedah dan cara yang dia orang ajar, cuma tak 'tergamak' nak melakukanya. Iya la, kita sedang bekerja mana boleh main suka hati tidur, kenalah ikut peraturan di tempat kerja. Betul tak?

Petua Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat


Saya ada terbaca tentang sakit kepala ni, kenapa kena sakit kepala, punca sakit kepala tetiba dan sebagainya. Mengikut apa yang saya baca... sakit kepala disebabkan terkena hujan, tekanan kerja, migrain, bekerja terlalu lama di bawah terik matahari.

Petua Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat


Di bawah ini saya senaraikan cara hilangkan sakit kepala dengan mudah. Ada juga cara lain seperti dapatkan terapi, kurangkan minuman berkafein dan banyak lagi. Anda boleh baca di lain-lain website ya...saya senaraikan yang praktikal dan biasa saya lakukan...

Urut Pakai Minyak Panas


Ada cara lain menghilangkan sakit kepala yang, iaitu mengurut bahagian kepala, tengkuk, dan belakang telinga memakai minyak panas (minyak urut).

Cara hilangkan sakit kepala ini hanya sesuai untuk orang yang tahan terhadap minyak panas. Kalau anda tidak tahan dengan minyak panas, lebih baik elak petua ini.

Gunakan Ketul Ais


Selain itu, anda boleh hilangkan sakit kepala dengan benda sejuk seperti ketul ais. Kesan yang diperoleh ialah rasa kebas. Jika tak ada ketul ais di rumah, daptkannya dari kedai berhampiran. Balut pakai tuala kecil, pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit. Insyaa Allah, sakit kepala akan hilang.

Elakkan Mata Tegang


Pekerjaan ramai orang hari ini dibantu oleh komputer, namun tak sedar kesan buruk yang akan diterima kerana menghadap skrin komputer terlalu lama. Mata boleh tegang dan ini akan menyebabkan sakit kepala.

Cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala ialah dengan menjaga mata agar dapat berehat seketika daripada menatap skrin. Cuba berehat seketika, berbual dengan rakan-rakan, melihat pokok hijau di luar dan sebagainya. Bila sudah pulih dari sakit kepala, anda perlu merehatkan mata sekurang-kurangnya 20 minit selepas menatap skrin komputer secara berulang.

Ketawa


Ketawa boleh hilangkan sakit kepala?

Ya! Ketawalah sepuas hatimu TETAPI lakukan ia dengan seikhlasnya. Bukan kerana terpaksa. Lupakan tekanan kerja atau memikirkan masalah yang tak habis-habis. Dengan cara ini insyaa Allah sakit kepala akan hilang. Ia hilang dengan sendirinya. 

Tak percaya. Cubalah. 

Setelah anda membaca petua hilangkan sakit kepala dengan cepat di atas, anda pasti telah sembuh dengan kesakitan itu. Namun jika sakit kepala masih berterusan, pergilah berjumpa doktor. Jangan biarkan sakit kepala menghantui kesihatan diri anda. Cegah sebelum terlambat.

Kesihatan untuk bahagia, hidup sederhana dan ceria bersama orang tersayang.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih.
    Salam blogging.

    Jangan lupa share lagi cerita kat sini.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close