Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

6 Best Template Blog Responsive Dan SEO Friendly

Nak Tukar Template Blog? Lama juga saya guna template blog percuma Kang Mousir, Sang Responsive Blogger Template. Selain ia mesra blogspot, ia juga sebuah template yang sangat mesra SEO iaitu sebuah template yang senang layan dan memenuhi kehendak Google. Hampir 90% trafik blog ini datangnya dari carian Google. Lagipun saya tidak memiliki FB group yang boleh support blog kecil ini. Jadi saya mesti menggunakan template yang mesra SEO untuk menjadikan artikel dalam blog saya ini di baca oleh medium yang lebih luas.

Nak Tukar Template Blog?


Anda nak tukar blog tetapi tak tahu pilih template yang sesuai? Jangan panik ya adik-adik, di luar sana ada banyak template blog yang bagus-bagus yang boleh anda gunakan. Tetapi...anda kena pandai memilih template yang sesuai dan bagus untuk menjana trafik yang tinggi dan genuine.


6 Best Template Blog Responsive Dan SEO Friendly 


Baiklah.

Saya kongsikan 6 template blog yang responsive dan SEO Friendly serta simple bertujuan supaya newbie boleh ubah suai template tersebut dengan mudah. Tak perlukan pengetahuan javascript yang sukar.

Jika anda nak copy paste atau download template tersebut, dipersilakan tetapi jangan diubahsuai di bahagian 'kredit', kerana di sana adalah copyright pemilik asal orang yang buat template tersebut. Hargai susah payah mereka, orait??

Faham, kan?

1. Nubi Banget - Responsive Blogger Template 

6 Best Template Blog Responsive Dan SEO Friendly

Nubi Banget - Responsive Blogger Template

Nubi Banget merupakan template Mini Simple yang sangat Seo Friendly. Bila anda mencari template yang Mini atau tidak terlalu besar sekaligus mempunyai tampilan yang menarik, Nubie Banget boleh dicuba, template buatan Arlina Design ini juga sangat sesuai bagi anda yang sudah mempunyai akaun Adsense. Sangat sesuai untuk newbie.


2. ATB Blogger Template - Responsive SEO Optimized 


ATB Blogger Template - Responsive SEO Optimized

ATB Blogger Template adalah Template paling responsive dan blogger template paling advance mesra SEO. Template ini dicipta dan diubahsuai oleh Imran Uddin melalui blognya AllTechBuzz ketika beliau menggunakan platform blogger. ATB blogger template tidak mengandungi sebarang script yang rosak, jadi anda boleh edit sebarang elemen dalam template ini. Antara ciri menarik template ini adalah:
  • Stylish Heading Tags
  • 2 Column Responsive Template
  • Full SEO Optimized
  • Sticky Post
  • Auto Alt Title Tag Generator Integrated
  • Responsive Related Posts Wedget
  • 4 Column Stylish Footer
  • Fully Responsive Designed and more.

3. Impreza Blogger Template Responsive 

Impreza Blogger Template Responsive

Impreza Blogger Template khas dibuat untuk blog fesyen, gaya hidup dan majalah. Template yang ringan, bersih dan sangat responsive. Template ini ada 2 kolum dan tersedia dengan iklan terutamanya jika anda pemegang akaun Adsense sedia ada. Template ini berlatar belakang warna putih. Antara ciri-ciri template ini adalah:
  • Email Subscription Widget Ready, 
  • Breadcrumb Navigation Ready, 
  • Personal Pages, 
  • 3 Columns Footer, 
  • Slideshow, 
  • Ads Ready, 
  • Seo Ready, 
  • Gallery, 
  • Post Thumbnails, 
  • Responsive, 
  • Social Bookmark Ready, 
  • Drop Down Menu, 


4. Ijonkz Responsive Blogger Template 


Ijonkz Responsive Blogger Template

Ijonkz Responsive Blogger Template memang template yang hot dan ngetop!! Haha...kenapa saya kata begitu? Sebabnya bila saya check tentang 'responsive blog terbaik dan seo ready', nama template ini juga antara yang muncul, amat digemari oleh blogger. Antara ciri-ciri template tersebut adalah:

  • Responsive Layout (Full of Boxed)
  • Ajax Page Navigation
  • 9 type recent post by labels
  • 3 comments (Blogger, FB, Disqus)
  • JSON search result
  • Responsive Slideshow
  • Custom error page
  • Support Mega Menu
  • dan banyak lagi...


5.  NewsBoard Blogger Template 

NewsBoard Blogger Template

NewsBoard Blogger Template adalah template majalah yang responsive dan kelihatan sangat menarik di hasilkan oleh NewBlogger Themes. Ia hampir sama dengan Harmonia Blogger Template tetapi ada penambahbaikan untuk NewsBoard Template. Sangat sesuai untuk blog atau website bertemakan berita. Antara ciri-ciri istimewa template ini adalah:
  • responsive
  • 2 columns blogger template with 3 columns footer widgets area
  • featured post slider
  • primary and secondary navigation menus.
  • auto post summaries
  • social and share icons
  • Google web fonts
  • header banner widget
  • related posts with thumbnails 


6.  Sang SEO Responsive Blogger Template 

6 Best Template Blog Responsive Dan SEO Friendly

Sang SEO Responsive Blogger Template

Inilah template yang saya sedang gunakan untuk aynorablogs.com dan blog e-novel saya mykarya.com. TETAPI, bila sekali pandang tidak akan sama kerana saya telah ubah suai mengikut citarasa warna, font dan design kegemaran saya. Namun asasnya, tetap sama. Template Sang SEO Responsive Blogger Template ini sesuai untuk blog berbentuk peribadi dan juga magazine (majalah).

Template ini sangat powerful, saya petik kata-kata dari Saudara Kang Mousir,

Biasanya Saya share template buatan orang lain kali ini tak biasa, Saya akan share template gratis namun powerfull dan cocok serta paling mantap buat adsense. Saya sengaja membuat template ini sederhana, agar loading blog jadi lebih ringan. Kualitas template ini tidak diragukan lagi pokoknya, dijamin SEO sekali ;) sesuai namanya Sang SEO Responsive Blogger Template.
Antara ciri-ciri istimewa template Sang Seo Responsive Blogger Template adalah: 
  • 100% Responsive 
  • Valid HTML5 ( All Page ) 
  • Valid CSS3 ( All Page ) 
  • Valid Author Rich Snippet 
  • SEO Friendly 
  • User Friendly
  • Fast Loading
  • Webmaster Structured Data
  • Clean Design
  • HCard Author and Update ( Home Page, Post Page and Satic Page )
  • Auto Readmore
  • Breadcrumbs
  • Related Posts 
#Jika nak lebih lagi anda boleh layari : Kang Mousir 


Penutup


Jika anda sukakan template yang responsive dan mesra SEO, pilihlah antara 6 template blog responsive yang dikongsikan di atas. Blog yang ringan dan responsive dipercayai boleh menjadi juara di engin carian Google. Jika tak percaya, anda boleh mulakan percubaan anda itu sekarang. Jangan tunggu lagi. Sekaligus ia boleh meningkatkan pendapatan anda.

Selamat berblog! 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close