Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Parse Kod Adsense Dengan Mudah

Cara Tukar Kod Adsense Dengan Gunakan Parse Generator - Saya percaya ramai blogger yang memasang iklan dari Adsense kerana kadar bayaran yang dibuat dalam bentuk matawang USD. Bayangkan jika anda dapat USD200 sebulan pun sudah dikira lumayan. Haha... mata duitan betul, kan?

Namun ada yang menghadapi masalah nak salin kod Adsense dalam template blog kerana kod tidak sesuai. Ini berlaku terutamanya bagi blog dengan XML Templates. Jadi anda kena parse dahulu kod Adsense tersebut agar ia boleh di simpan dalam template blog.

Apa yang saya nak ajarkan ni adalah khas untuk newbie yang tak tahu macam mana nak parse kod Adsense agar HTML script java tersebut boleh blend together atau senang cakap "boleh ngam" dengan kehendak javascript XML dalam template .

Cara Parse Kod Adsense Dengan Mudah


Pertama, Login ke blogcrowds

Kedua, Masukkan kod Adsense yang telah anda salin dari akaun google Adsense anda tadi ke dalam kotak kosong seperti di bawah,

Cara Parse Kod Adsense Dengan Mudah
Sebelum parse,

Cara Parse Kod Adsense Dengan Mudah
Selepas parse kod Adsense anda (jangan lupa tekan butang PARSE tu...) bertukar kepada XML untuk sesuaikan dengan kod template anda,

Cara Parse Kod Adsense Dengan Mudah

Ketiga, Salin kod yang telah di parse ke dalam template anda.

Keempat, SAVE Template.

Selesai.

Senang aje kan, tetapi kadang-kadang kita panik tak tahu nak buat macam mana jika kod Adsense tak boleh SAVE dalam template.

Tetapi...

Jika anda nak salin di dalam kod HTML dari LAYOUT blog seperti nak letak di SIDEBAR, FOOTER atau HEADER, anda tak perlu parse kod Adsense tersebut. Copy paste terus bulat-bulat daripada kod Adsense ke dalam HTML/JAVASCRIPT yang dimahukan.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments