Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama

Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Tepat Dan Tahan Lama. Saya nak share cara buat jem untuk tat inti nenas, bukan cara buat tart yaa.. sebab cara buat tart semua orang dah tahu. Cara buat inti atau jem nenas tu yang ramai kurang ambil tahu. Sebab, boleh beli kat shopping complex kan? Tetapi tahukah anda, bila anda buat jem nenas sendiri, anda boleh kawal rasa manis, jumlah air, kekerasan atau lembut jem nenas anda itu.

Nak tahu ke? Baiklah. Baca cara-cara buat jem nenas di bawah yang saya perhatikan daripada pengalaman MIL saya yang juga pakar dalam buat baulu gulung jem nenas.

Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama

Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk membuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik. - Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia


Cara Buat Jem Tat Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama


Cara 1


Nak buat jem nenas yang tahan lama dan tidak berkulat, nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Tapi ingat, jangan buang semua jus untuk kesan yang lebih tahan lama.

Kemudian, masak bersama gula dan kulit kayu manis dan masukkan sedikit mentega untuk rasa yang enak. Biarkan mendidih hingga pekat dan berkilat. Jem mestilah dimasak hingga pekat dan likat. Bila dah betul-betul masak, biarkan sejuk baharu digunakan.


Cara 2


Parut nenas yang hendak di buat jem. Jangan blender kerana nanti hasil jem terlalu halus. Hilang keenakannya. Jangan buang jus atau air jem yang diparut itu untuk hasil jem yang lebih tahan lama.

Selesai digunakan, simpan dalam peti ais untuk elakkan jem berkulat. Panaskan semula bila hendak digunakan. Tetapi jika anda buat dengan sukatan yang betul dan masak jem hingga likat, jem tak akan berkulat dan tahan lama walau di simpan di luar.


Contoh cara buat jem untuk sekali guna 



Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama


Bahan:


5 biji nenas - diparut
10 kuntum cengkih
2 batang kulit kayu manis (untuk bau)
700g - 1kg gula pasir (anggaran, bergantung pada jenis nenas, jika nenas masak dan manis kurangkan kuantiti gula)
200g gula batu
2 sudu kecil esen nenas

Cara menyediakannya:

1. Tenggekkan nenas yang diparut atas api, jangan masukkan gula dahulu, masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis serta esen nenas.

2.Biar air nenas agak kering kemudian masukkan gula. Kalau tidak nanti hasilnya jadi seperti kawah gunung berapi, mermercik. Kalau masukkan gula terlalu awal, jem akan jadi lebih perang/ hitam.

#Anggaran masak jem nenas 1 jam hingga 2 jam. Sehingga betul-betul likat.

#Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set) sebelum dibotolkan.

#Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran mikroorganisma terhadap jem.

Rujukan;

1. Rasa.my
2. Mingguan wanita
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.