Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional

Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional. Kebelakangan ini saya mengalami rambut gugur dan kering. Nak kata tak guna syampo, tidak pulak. Dah macam-macam syampo yang digunakan, rambut saya masih macam itu jugak. Tak selesa pula rasanya.

Apakah sebabnya rambut kerap gugur? Daripada info yang saya baca dari majalah kesihatan, ada beberapa punca yang menyebakan rambut kerap gugur. Antaranya.. rambut kurang vitamin, cara pemakanan yang salah, bekerja di bawah terik matahari dan banyak lagi.

Bila waktu kecil dulu kami gunakan daun bunga raya yang ditumbuk lumat dan kemudian sapukan pada kulit kepala. Selain merawat rambut gugur dan jarang, boleh juga hilangkan sakit kepala. Itu kisah dulu-dulu..


Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional


Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional


1. Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

2. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

3. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

4. Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

Begitulah petua tradisional yang boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Ianya mudah, murah dan tidak memudaratkan. Lagipun rawatan tradisional ini dilakukan seminggu sekali. Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. nice share...boleh try, dh tahap kritikal ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kita sama2 try.. harap berjaya. Kalau pakai lidah buaya mmg berkesan.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close