Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Betapa Luar Biasanya Bagi Mereka Yang Membaca Al Quran

Betapa Luar Biasanya Bagi Mereka Yang Membaca Al Quran. Membaca al Quran, memahami dan mengamalkannya merupakan kelebihan luarbiasa yang tiada tolok bandingnya. Al Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pelindung kita di mana pada waktu itu tiada sesiapa yang akan membantu kita.

Membaca al Quran merupakan terapi jiwa yang kusut. Membaca al Quran menjadikan iman dan taqwa semakin jitu kerana terlalu banyak qalam Allah yang mendorong kita berasa kagum akan kebesaranNya. Sesungguhnya Al Quran merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini keberadaannya. Al Quran sebagai penyuluh kehidupan yang gelap gelita.

Betapa Luar Biasanya Bagi Mereka Yang Membaca Al Quran


Betapa Luar Biasanya Bagi Yang Membaca Al Quran


Luar biasa bagi yang membaca Al-Quran kerana...

Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi:

"Barang siapa yang membaca Al-Qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:

"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca Al-Qur'an,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".

Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-Qur'an".

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mampu memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesihatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullahi Taala".

Bergantunglah pada Al-Qur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.

Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mahu mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebahagian ahli tafsir:
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Al-Qur'an maka sebarkanlah,,, agar terdapat lebih ramai orang yang membaca dan mengamalkan apa yang terdapat dalam al Quran. Memang agak sukar mahu membaca al Quran setiap hari tetapi jika anda telah mula berdisplin membacanya... anda akan berasa rindu jika tidak membaca al Quran walau pun sehari.

Cintai al Quran dan sunnah.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. jom mari kita sama2 berusaha membaca alQuran setiap hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sahabat... sekurang-kurangnya baca yasin pun tk apa..

      Delete
    2. Jom sahabat... sekurang-kurangnya baca yasin pun tk apa..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close