Petua hirisan daging yang lembut dan halus macam kat hotel ni boleh membantu mudahkan kerja anda di dapur dan jimat masa. Sangat berguna kepada mereka yang berniaga makanan dan perlukan urusan dengan cepat.

Oh ya.
Dah baca koleksi petua saya yang lain? Anda boleh baca petua lain seperti:
- Tips Bawang Putih Tahan Lebih Lama
- Tips Hindari Semut Pada Makanan
- Cara Hancurkan Biji Cili Kering Ketika Memasak
- 17 Cara Hilangkan Kahak Dan Batuk
- Petua Awet Muda Yang Mudah
- Hati Ikan untuk Merawat Penyakit
- Nenas Ubat Selsema
Petua Memasak Hirisan Daging Lebih Lembut Dan Cantik
Tips cara dapatkan hirisan daging yang nipis dan cantik licin semasa memasak. Macam kat hotel.. hihi. Bagi mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau daging hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, anda takkan dapat hirisan daging yang cantik. Daging tersebut akan kecut apabila di masak.
Lagi satu, kalau nak dapat daging yang cepat empuk, dan lembut dimakan.. mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut.
Kalau potong atau hiris daging ikut urat, daging akan jadi liat dan kena kunyah dekat sejam jawabnya.. (gurau je..)
Dah dapat kan petua cara dapatkan hirisan daging yang cantik dan halus. Boleh share dengan rakan-rakan anda yang suka memasak daging.
Harap petua ini berguna kepada anda semua. Selamat mencuba.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.