Pageview Blog Bulan Oktober 2017 Sedikit Meningkat
Dalam bulan September, PV blog sebanyak 836,914. Manakala dalam bulan Oktober yang baru lepas PV blog adalah sebanyak 852,173. Ada sedikit peningkatan.

Ada banyak cara nak maintain PV di blog.
Ada guna cara drastik, ada guna cara manual dan ada guna cara peringkat demi peringkat..
Antara cara yang biasa saya gunakan untuk maintain PV di blog setiap hari adalah:
1. Buat ping entri di 2 atau 3 group blogger, yang berkaitan.
2. Update page FB untuk blog tersebut. Kekal aktif dengan entri terbaru
3. Post 1 entri setiap hari, paling tidak..
4. Tulis artikel berkaitan info dan maklumat yang orang cari.. kalau buat review produk contohnya, bukan sekadar tulis review sebaliknya selitkan info berkaitan produk..
Ada banyak lagi cara nak maintain PV blog. Macam saya PV blog Oktober ada meningkat tetapi taklah drastik.. pelan-pelan tetapi stabil. Kalau sehari PV dapat 50K tetapi keesokannya jatuh menjunam pun tak bagus. Semua proses perkerjaan, kehidupan dan apa saja harus berjalan secara semulajadi dan bersederhana. Itulah pendapat peribadi saya..
Selamat berblog, cuba capai target satu hari satu entri.. yeah!

entri ni bagi saya motivasi lebih nak update blog hari hari.. terima kasih..
ReplyDelete