Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon SPM 2020

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon SPM 2020. Alhandulillah. Nikmat TuhanMu yang manakah nak kau dustakan? Kita masih diberikan peluang menghirup udara dan bernafas di atas muka bumi ini, jadi bersyukurlah. Bersyukurlah. Pasti student yang berdebar-debar ketika dan saat ini adalah calon SPM 2020 yang akan mula menjalani ujian bertulis pada hari isnin ini iaitu 22 Februari 2021. Exam dalam norma baharu akibat pandemik covid-19 yang melanda dunia! Bersabarlah ya anak-anak. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan di hujungnya. 

Pelajar berdebar.. ibubapa dua tiga kali debarannya. Kalau boleh mereka pun nak periksa sama.. tapi otak dah tepu nak, korang ajelah yang exam ya.. mak bapak ada peranan juga iaitu mendoakan yang baik-baik buat calon SPM 2020 semua. Semoga anak-anak kita dipermudah urusan mereka sebelum, semasa dan selepas peperiksaan SPM 2020 ni.

Dalam bulan demam peperiksaan ni, sebaik-baiknya anak-anak tidak diganggu emosinya. Perhatikan pergaulannya dan berikan makanan yang berkhasiat. Anda yang dapat menghadap anak setiap hari mesti best kan.. dan bagi ibubapa yang anak-anak mereka tinggal di asrama, hanya kepercayaan digantungkan kepada guru-guru dan pihak kantin asrama agar memberikan makanan yang sesuai dan berkhasiat untuk anak-anak kami. Jasa kamu guru-guru amat kami hargai kerana sanggup menjadi pengganti kami yang jauh.

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon SPM 2020

Kepada ibubapa.. waktu dan ketika anak-anak menduduki exam SPM 2020 dan sebagainya.. redhakanlah segala pemberian anda kepada mereka dan maafkanlah mereka dari lahir hingga sekarang. Beritahu kepada anak-anak anda.. lihat apa reaksi mereka... berderai tangis mereka kerana amat terharu dan lega. Dan insyaa Allah.. mereka akan masuk dewan peperiksaan dengan lapang dada.

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon SPM 2020


Pasti ibu bapa ada doa dan harapan yang dilayangkan kepada anak-anak kan? Bagi saya pula? Kami ada juga buatkan air penerang hati untuk hero kami. Ada cara dan bacaan yang dianjurkan untuk buat air penerang hati. Saya ada mention dalam artikel terdahulu.. boleh baca pada pautan di bawah.

[Baca : Cara buat air penerang hati untuk anak hadapi peperiksaan] 

Bagi anak-anak atau calon SPM 2020, anda boleh amalkan doa mudah menghadapi peperiksaan seperti di bawah.

[Baca : Doa mudah menghadapi peperiksaan]

Dan, ketika anak-anak dalam dewan periksa, sedang menjawab peperiksaan kita pun boleh sama amalkan zikir yang boleh membantu mereka lebih tenang, fokus dan diberikan ilham mereka menjawab dengan cemerlang.

[Baca: Zikir Asmaul Husna Untuk Anak Hadapi Peperiksaan]

Doa ibu bapa kepada anak-anak adalah doa yang mujarab. Insyaa Allah, Allah tidak memulangkan dengan tangan kosong setiap doa yang dipohonkan tetapi Dia akan memakbulkan setiap doa hambaNya dalam 3 cara iaitu;

1. Dimakbulkan serta merta
2. Dimakbulkan di saat kita perlu dan waktu yang tidak disangka-sangka
3. Menunda dan memakbulkan doa kita di akhirat nanti..

Tetapi yakinlah duhai ibubapa dan calon SPM 2017, seinci pun anda tak pernah terlewat untuk berdoa dan berjuang walau pada saat-saat akhir.

Nasihat saya kepada student atau calon SPM 2020, dalam tempoh peperiksaan berjalan, setiap hari dan minggu ini hingga ke akhir tarikh peperiksaan.. mengaji dan bersolatlah. Ngaji dan solat.. kuasanya sangat besar untuk terapi diri dan menenangkan perasaan pelajar sekalian.

Tahukah anda bahawa orang yang mengaji atau membaca al Quran setiap hari terutamanya selepas Maghrib dan Subuh akan mempunyai kecerdasan lebih 80% dari orang lain? Maka amalkanlah! Ia merupakan satu terapi diri yang amat berkesan hingga mendatangkan ketenangan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

Selamat menduduki peperiksaan kepada calon SPM 2020. Insyaa Allah, anda mampu mencapai kejayaan dengan cemerlang...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close