Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Doa Indah Buat Keluarga, Sahabat Dan Umat Islam Seluruhnya

Sebuah perjalanan hidup yang diberkati, dirahmati dan dalam pelukan kasih sayang Allah selalu. Itulah harapan dan DOA kita setiap masa kepada Allahu Rabbi. Berdoa tanda kita bersyukur, hidup penuh tujuan dan mengakui kewujudan dan kebesaran Allah tempat kita bergantung.

Saya kongsikan satu lagi doa yang indah, yang hampir sempurna merangkumi doa buat ahli keluarga, sahabat, jiran-jiran, guru yang mengajar kita serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia.




Doa Indah Buat Keluarga, Sahabat Dan Umat Islam Seluruhnya


Bismillaahirrahmaaniirrahiim

Alhamdulillahi rabbil a'lamiin
Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin
Wa'ala alihi wasohbihi ajmain..

Ya  Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Baca juga ... {Amalan Zikir Rabbaniyah Untuk Hidup Lebih Tenang}

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami..

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Wassolallahhu 'ala sayyidina Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wasalam
Walhamdulillah hirabbal a'lamiin

.آمــين.Ø¢َÙ…ِيـٍÙ€ِÙ†ْ Ø¢َÙ…ِيـٍÙ€ِÙ†ْ ÙŠَØ¢ رَبَّ آلٌعَآلَÙ…ِِÙŠِÙ†ْ
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

5 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.